Artis / Selebriti
” Cantiknya Maryam, dah besar dah dia.. ” – Komen Netizen
Mawar Karim muatnaik gambar dan video untuk tahun baru 2025 dan surprise untuk birthday anaknya, Wan Maryam raih perhatian ramai. Alahai lama tak tengok Maryam. Dah besar sekarang, cantik macam ibu dia juga. Bestnya hadiah surprise birthday Maryam tu..
Meninjau ke akaun instagram Mawar Karim, perkongsian beberapa keping gambar dan video ketika percutian dua beranak ini telah meraih perhatian ramai. Mawar membawa anaknya, Wan Maryam ke percutian ini bersempena ulangtahun kelahiran Maryam yang lepas.
Ia merupakan satu kejutan buat Maryam dan percutian kali ini membawa Maryam ke Disneyland. Wah, bertuah dan sangat beruntung Maryam. Disneyland merupakan tempat impian buat kebanyakkan kanak-kanak. Maryam juga nampak sangat enjoy menerusi gambar dan video yang dikongsikan.
Untuk info, Maryam baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 7 tahun. Betapa cepat masa berlalu dan Maryam membesar menjadi seorang yang sangat cantik. Maryam mewarisi kecantikan ibunya yang juga merupakan seorang usahawan dan model.

Perkongsian video dan gambar ini telah menerima lebih puluhan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya percutian kali ini merupakan percutian yang menjadi satu memori indah buat Maryam dan tidak akan dilupakan.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Mom always give the best for her daughter. besar dah Maryam.. Cantiknya Maryam da besar dah dia .. Dia kalau dgn mama dia mmg elok lawa.. “
” Kalau tgk gambar awal ni kat Disneyland Hong Kong kan?. Happy belated birthday Mariam.. Semoga menjadi anak yg soleha dan berjaya selalu.. “
” Besar dah Mariam..mom and doter so cute.. Lovely mommy daughter moment..keep going .. Bestnyaaa disneyland.. “
Sekadar info, Maryam merupakan cahaya Mawar bersama bekas suaminya iaitu Fizo Omar. Sehingga kini Mawar masih lagi sendiri dan belum mempunyai pengganti, manakala Fizo sudah mendirikan rumahtangga buat kali kedua dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Walaupun ibu bapa Maryam sudah berpisah, Maryam tetap mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua mereka. Semoga Wan Maryam membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dalam kehidupan di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mawar Karim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

