Artis / Selebriti
” Cantiknya mak Akiko. Ingatkan Sky, rupanya mommynya. Sky sebijik macam Akiko.. ” – Komen Netizen
Ridzokumura kongsi gambar throwback ibu mentuanya bersama arwah Akiko ketika bayi raih perhatian ramai. Alahai comelnya Akiko masa kecil, sebijik muka Sky. Mak Akiko pula saling tak tumpah muka Akiko, cantik sangat..
Sudah berbulan-bulan Akiko Okumura pergi meninggalkan Ridzokumura dan anak mereka Sky Taizo Okumura, namun kesedihannya masih menebal dalam diri Ridz dan Sky. Kerinduan terhadap Akiko semakin mendalam dan hanya gambar serta video kenangan mereka bersama menjadi pengubat rindu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan sekeping gambar throwback yang memaparkan wajah ibu Akiko dan Akiko ketika masih bayi. Menerusi gambar ini, ibu Akiko mendukung Akiko dan memberikan senyuman yang cukup manis.
Melihat gambar ini, ramai yang mengatakan wajah ibu Akiko saling tak tumpah seperti Akiko. Wajah Akiko ketika bayi pula sama seperti wajah anaknya, Sky. Comel sangat Akiko ketika kecil dan ibunya juga kelihatan sangat cantik. Ada juga di kalangan warganet yang menyangka pada awalnya itu adalah Akiko dan Sky.

Bagi yang mengikuti perkembangan Ridz pastinya pernah melihat wajah ibu Akiko ketika mereka sekeluarga berkunjung ke Jepun. Ibu Akiko sememangnya seorang yang awet muda, tidak begitu dimamah usia dan masih kelihatan muda sekalipun usianya sudah memasuki warga emas.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantiknya mak kak Akiko.. ingatkan sky rupanya mommy nya.. sky sebijik macam arwah kak Akiko.. alfatehah buat arwah kak Akiko.. “
” Wah memang sangat cantik.. akiko sebijik macam muka sky lah masa baby.. copy paste sangat.. semoga husnul khatimah akiko.. “
” Semoga akiko bahagia disana.. smoga sky n abg rizd bahagia disini.. Muka sky itu mcm muka Akiko. Akiko tu cinta mati dgn Bapak Sky.. “
” Elok cantik nya. Mak nya mcm arwah. Arwah pulak mmg mcm sky. Allah bang.. bertabah ya.. “
” Alhamdulillah abg ridz dah hadiahkan islam utk akiko, semoga arwah diampun dosa & diterima ibadatnya. She inspired me to be good mom & wife.. “
” Sky ikut muka arwah akiko sangat.. emak akiko memang cantik, muda tua dua-dua pun cantik.. Alfatihah untuk adindaku Akiko Okumura.. semoga Allah redha.. “
” Wow jelita wajah mak mentua Ridz.. wajah akiko masa ni sama macam wajah sky.. ingat gambar sky dengan akiko mula mula tadi.. “
Terbukti Sky memang banyak mewarisi wajah Akiko. Comel sungguh Akiko sewaktu bayi, apabila dewasa pula menjadi seorang wanita yang cantik. Semoga Akiko tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Untuk Ridz dan Sky, semoga dikurniakan Allah kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


