Artis / Selebriti
” Cantiknya Fasha bare face. Tak make up tersangat cantik.. ” – Netizen
Muatnaik Video Wajah Tanpa Sebarang Makeup, Peminat Puji Kecantikan Fasha Sandha. Ada Yang Cakap Macam Muka Luna Maya. Cantik Sungguh, Natural Beauty !!
Fasha Sandha nama yang cukup besar dalam industri lakonan tanahair. Fasha sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan namanya sudah bertapak dan ada levelnya yang tersendiri. Penampilan Fasha yang ramping membuatkan Fasha kelihatan muda.
Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fasha cuba membuat video transition seperti yang viral kini. Tidak lokek dan berani menunjukkan wajah sebenarnya tanpa sebarang makeup, perkongsian ini meraih pujian warganet.
Ramai yang mengatakan wajah Fasha tanpa solekan lebih nampak cantik. Ada juga yang menyangka Fasha adalah Luna Maya kerana wajahnya kelihatan hampir sama. Tanpa solekan atau selepas solekan, Fasha tetap nampak cantik dan manis.

Bukan semua orang berani menunjukkan bare face seperti ini. Tambahan lagi jika selebriti terkenal, banyak mata akan tertumpu dan memerhati. Pasti akan ada komen yang berbaur negatif yang akan mengundang ketidakselesaan pada tuan punya badan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fasha ini sehingga kini telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah cantik with and without make up Fasha.. Muka tanpa mekap natural beauty, muka with makeup wowww so gojessss.. ”
” Macam luna maya bila tanpa makeup, lawa sangat.. Tanpa solekan pon tetap Comey, sentiasa cantik.. ”
” Cantiknya fasha bare face.. Jerawat tue tandanya msih remaja lgi kak.. cantik luar dalam.. ”
” Okay ni terpaling jujur cantik sangat sangat duta kesayangan kita ni. tak make up pun cantik.. ”
” Makeup ke tak makeup keee both cantikk.. Ingat kan Luna maya tadi.. tak makeup tersangat cantik.. ”
” Cantik nya fasha sandha ni.. tak make up pun lawa.. natural beauty sangat time tak make up tu.. ”
” Lawak la kak fasha ni.. memang transition tak jadi hehe.. tapi nk gtau la, tak makeup cantik gila kak fasha ni.. ”
Betul kata warganet, wajah Fasha walaupun tanpa sebarang solekan sudah sedia cantik. Apabila makeup lagi bertambah-tambah serinya. Tak mengapa lah transition tak berapa menjadi, lain kali boleh cuba buat lagi. Apa-apa pun, terus ceria dan cantik selalu Fasha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



