Artis / Selebriti
” Cantiknya bilik, dah macam bilik hotel lah. Terharu kita tengok reaksi mak Kak Nona.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Kak Nona buat kejutan menghadiahkan bilik tidur lengkap dengan hiasan dalaman yang cantik buat ibunya, Normah Damanhuri buat ramai tersentuh. Alahai cantiknya bilik, dah macam bilik hotel. Sebak tengok reaksi Normah ketika terima kejutan istimewa itu..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan Kak Nona, telah dikongsikan video yang memaparkan Kak Nona membuat kejutan istimewa buat ibunya, pelakon veteran Normah Damanhuri. Menerusi video itu, Kak Nona menghadiahkan sebuah bilik tidur yang telah siap diubah suai.
Pada awal video, kelihatan anak-anak Kak Nona telah memimpin tangan Normah yang matanya ditutup dengan kain menaiki tangga ke ruang atas rumah mereka. Setelah itu, pintu bilik tidur dibuka dan kain pada mata juga dibuka untuk menunjuk hasil dekorasi bilik tersebut kepada Normah.
Jelas kelihatan Normah tidak dapat menahan sebak apabila melihat bilik yang disediakan untuk dirinya itu begitu cantik. Bahkan, Kak Nona memeluk ibunya dan mereka sama-sama duduk di atas katil. Selepas itu, Kak Nona dan suami membawa Normah melihat beberapa ruangan seperti tandas serta ruang rehat di balkoni.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa tersentuh mereka apabila melihat kesungguhan Kak Nona membahagiakan ibu tercinta. Sehingga kini, video tersebut menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini di tulis.
Tonton video di bawah ini :
@kaknona.official Alhamdulillah..Penantian selama 7 bulan Kak Nona siapkan Bilik Mama.Semuga mama happy dan selesa.Love u Mama❤️ #kaknona #myvideofypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #Teamkaknona #myvideoviral
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Kak Nona ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Jujur sya ckp bila melihat video ni airmata sya mengalir .. Nmpk kasih syg kak Nona Dan family ikhlas utk ibu Dan nenek mereka.. Alhamdulillah.. “
” Sya mmg follow Kak nona n Kak km satu family. Sebelum ni, ya tengok bila tiba birthday mak tersayang, sllu bagi brg kemas, brg mahal2 kan… tp Kali nie sya tengok berbeza.. yg nie lbh baik. bila mak dh berumur, dia inginkn keadaan yg sunyi, tenang n selesa.. “
” Mak tak perlu keta mewah, barang kemas, mak cuma dapat nk berteduh ngan anakcucu yg baik2, mcm kak nona sediakn bilek yg selesa buat mak..hati mak seronok , berkatlah satu rumah.. “
” Bertuah pelakon lagend kita Normah Damanhuri dapat anak mcm kak nona memuliakan ibunya.. Tahniah Kak Nona membahagiakan ibu mcm ni.. “
” Tak sedar tengok aku keluar air mata betapa suka nya mk dia tu berbeza lh ngn kita ank2 pn cukup makan ja macam mana nak di orang nk tolong kita knnn apa pn sy tumpang gembira.. “
” Bahagia seorg ibu bila ank² ikhlas menghargainya. Dan ank yg sentiasa meraikan ibunya pasti hidupnya akn diredhai Allah. Alhmdulillah.. “
” Cantiknya bilik, dah macam bilik hotel lah. Terharu kita tengok reaksi mak Kak Nona. Bertuah kak Normah Damanhuri, anak2nya berebut2 membahagiakan dia.. “
Menerusi kapsyen, Kak Nona mengatakan bilik tersebut mengambil masa selama 7 bulan untuk disiapkan cantik seperti itu. Apa-apa pun, terbaik lah Kak Nona, semoga apa yang dilakukan untuk ibunya ini akan membuatkan Kak Nona akan bertambah murah rezeki lagi selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok kaknona.official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
