Artis / Selebriti
” Cantiknya anak-anak Melissa Saila, macam ibunya. Manis bertudung semua.. ” – Netizen
Video Melissa Saila Outing Bersama Keluarga Cur1 Perhatian Warganet. Wah Dah Ada 2 Anak Dara Rupanya Melissa Ni. Cantiknya, Dua-Dua Berhijab. Macam Muka Melissa Sangat, Manis Menawan !!
Melissa Saila antara pelakon yang sudah lama berjinak dalam dunia lakonan. Melissa muncul dalam industri seni seangkatan dengan Bell Ngasri, Anne Ngasri dan mereka pernah bergandingan dalam drama Cili Cili Padi. Ini antara siri TV yang disukai oleh ramai warganet.
Melissa tidak lagi aktif berlakon, namun perkembangannya dapat dilihat menerusi akaun media sosial miliknya. Bergelar ibu kepada 3 orang anak, kesemua sudah besar panjang sekarang. Noo, Zain dan Zahrah menjadi permata hati kesayangan Melissa dan suami.
Meninjau akaun Tik Tok Saila Melissa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Melissa sedang outing bersama suami dan anak-anaknya. Dalam dilihat mereka sekeluarga membeli makanan daripada seorang peniaga di jalanan. Melissa merakamkan suasana persekitarannya ketika itu.

Melissa turut merakamkan telatah anak-anak perempuannya, Noor dan Zahrah. Wah sudah jadi anak dara kedua-duanya. Manis berhijab, Noor dan Zahrah dipuji oleh warganet kerana memiliki wajah yang cantik. Sejuk mata memandang anak-anak Melissa ini.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@melissa.saila
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tengok Melissa saila teringat PJ Holding, drama tv korporat dulu-dulu. Cantik lawa, pakai tudung semua anak-anak Melissa Saila.. ”
” Cantiknya anak-anak Melissa Saila, macam ibunya maintain cantik sampai sekarang. tak nampak tua langsung.. ”
” Alhamdulillah cantik-cantik anak dara Melissa.. Sama macam Melissa kecil-kecik dulu.. semoga menjadi anak yang solehah.. ”
” Tengok anak melissa dah besar semua.. yang jadi pelakon citer saloma zaman kanak-kanak tu..bagusnya anak-anak manis bertudung semua.. ”
” Salam Melissa Saila.. cantik anak-anaknya, like mother. Alhamdulillah semoga Allah SWT memberkati keluarga ini.. ”
” Sentiasa nampak muda Melissa ni. Makin cantik dan makin berseri-seri. Cantik, lawa, comel anak-anak Melissa.. ”
” Tetap cantik macam muda-muda dulu. Anak-anak pun cantik macam ibunya.. manis semua, sejuk mata memandang.. ”
Ibunya cantik, manalah anak-anak pun tak cantik juga kan. Yang penting dua-dua anak dara Melissa ini manis berhijab. Melissa pun awet muda dan tak dimamah usia, maintain sahaja. Apa-apa pun, semoga Melissa Saila sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Saila Melissa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



