Artis / Selebriti
” Cantik sangat playroom Bilal.. ” – Netizen
Video Playroom Anak Neelofa, Muhammad Bilal Buat Peminat Teruja. Wah Bestnya Bilik Mainan Bilal. Macam-Macam Ada, Cantik Sungguh. Wallpaper Paling Menarik Sekali, Tenang Sangat !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan bilik permainan anak Neelofa iaitu Muhammad Bilal telah meraih perhatian ramai. Neelofa telah menyediakan sebuah bilik yang penuh dengan permainan untuk Bilal.
Bilik tersebut sangat kemas walaupun mempunyai bermacam-macam permainan. Bilal sangat beruntung kerana pelbagai permainan disediakan untuk Bilal bermain. Permainan yang kecil pula disimpan di rak.
Apa yang menarik tumpuan ramai ialah wallpaper yang digunakan untuk bilik permainan Bilal ini sangat cantik. Gambar Kaabah dan juga peta telah menjadi pilihan untuk wallpaper bilik ini. Pastinya wallpaper ini ditempah khas.

Neelofa hanya memberikan gambar yang diingini dan diinspirasikan menjadi wallpaper. Nampak tenang dan mendamaikan bilik permainan Bilal ini. Ia turut dihiasi dengan permaidani yang bersesuaian dengan tema warna bilik tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, beberapa netizen memuji kecantikan bilik permainan Bilal ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Masya Allah, cantiknya playroom bilal.. Always rindu nak tgk moment² Bilal nsem sado membesar dgn sihat.. “
” Cantik sgt playroom bilal dpt bilal bermain dgn selesa.. seronok jadi bilal.. sejak kecil dah mewahnya.. “
Apabila ibubapa menyediakan bilik permainan untuk si anak, pastinya ia dapat mengurangkan permainan bersepah di ruangan lain di dalam rumah. Namun sebelum menyediakan bilik sebegini pastikan bilik yang ada mencukupi untuk setiap ahli keluarga.

Selepas ini bilik permainan Bilal akan berkongsi bersama adiknya pula yang bakal lahir. Bilal akan mempunyai kawan untuk bermain pula selepas ini. Semoga Bilal membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya. amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofaharrisofficial, Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

