Artis / Selebriti
” Cantik liriknya, bait-bait katanya sungguh menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Idris Shamsuddin menyanyikan lagu Fattah Amin, Wanita Terakhir dalam versi selawat menyentuh hati ramai. Sedap sungguh lirik lagu ini apabila ditukar versi selawat. Menusuk ke jiwa..
Meninjau ke akaun Tiktok Idris Shamsuddin, perkongsian sebuah video yang memaparkan Idris menyanyikan lagu berjudul Wanita Terakhir yang dipopularkan oleh Fattah Amin telah meraih perhatian ramai. Idris menyanyikan lagu ini dalam versi selawat ke atas nabi.
Lirik lagu ini telah diubah bersesuaian dengan versi selawat dan hasilnya cukup menyentuh jiwa. Suara Idris juga cukup merdu dan ia membuatkan lagu ini cukup sedap didengar. Idris gemar menyanyikan pelbagai cover lagu dan dikongsikan di media sosial.
Jika anda mengikuti akaun Tiktok Idris, terdapat banyak cover lagu yang dinyanyikan olehnya. Idris memberi pendekatan dakwah dalam lagu-lagunya. Kesemua cover lagu yang dinyanyikan oleh Idris cukup merdu untuk didengari.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ternyata lagu ini sangat sesuai dalam versi selawat dan ramai yang memuji versi cover oleh Idris ini. Cukup menyentuh hati dan jiwa.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@idris_shamsuddin Wanita Terakhir cover versi Selawat! Semoga bermanfaat ☺️ Pakat like dan share pada yang lain ye 😁 #idriscover #familidris #wanitaterakhir #jomselawat
Ramai yang memuji kemerduan suara ustaz Idris menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Subhanallah semoga kita semua mendapat Syafaat dari Nabi Muhammad Saw. yang ni bermanfaat ustaz. terbaik.. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.. “
” Masyaallah..subhanallah..cantik liriknye ustaz…allahuakhbar.. MasyaAllah.. merdunya.. semoga kita semua mndpt syafaat dr nabi..izinkan sya share.. “
” Assalamualaikom sedap suaraaa kamuuu.. allahuma sholi Alaa sayyidina muhammad waala ali sayyidina muhammad.. “
” Subhanallah …tenang je bila mendengar alunan lagu ne …bait2 katanya sungguh menyentuh hati.. masyaallah .tersentuh hati.bila selawat atas naBI.. “
” Alhamdulillah semoga Rahmat Allah dan Rasullah SAW selalu bersama kita semua Insyaallah pasir gudang Johor hadir support.. “
” Masyallah. Lagu ditukar ke nasyid dan daripada lalai boleh tukar kpd peringatan utk ingat Rasulullah SAW.. Sedap dengar.. “
” Assalamulaikum allahumma solli ala sayyidina muhammad, semoga kita semua mendapat syafaat nabi di akhirat nnti, terbaik.. “
Dengan kemajuan masa kini, pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan dakwah di media sosial. Memang terbaik cara Idris membuat pelbagai cover lagu dalam versi islamik. Semoga ustaz Idris terus berjaya dalam menyampai dakwahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Idris Shamsuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
