Artis / Selebriti
” Cantik bakal menantu sis. Tiba-tiba jadi pelakon sinetron ye satu family.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly Berlakon Bersama Bakal Menantunya, Beatrice Chitra Buat Warganet Terhibur. Amboi Satu Family Buat Drama Sinetron. Macam-Macam Beatrice Mintak, Nasib Baik Sheila Layankan Aje, Haha !!
Sheila Rusly antara selebriti yang selalu menjadi perhatian warganet. Baru-baru ini, Sheila ada memuatnaik video kekasih anak keduanya, Luth Mikhail bernama Beatrice Chitra memeluk agama Islam dan ianya mendapat pujian serta tumpuan ramai.
Meninjau akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video terbaru Sheila bersama bakal menantunya itu. Kali ini, lakonan seperti sinetron Indonesia dipaparkan untuk tontonan umum. Siapa sangka Beatrice ini juga ada bakat dalam lakonan.
Gelagat Sheila menggeletek hati warganet dan gaya percakapannya memang begitu in character. Menerusi video itu, Beatrice berlakon meminta berbagai-bagai menu tambahan untuk Sheila masakkan untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain.

Sheila sememangnya pelakon yang hebat, apa sahaja watak yang diberikan pasti akan dilakonkan dengan baik. Part ayat Sheila menyebut ‘ iyahh’ itu paling kelakar. Tidak hanya Sheila dan Beatrice, bahkan Tok Sidang, Haq, Elisya Sandha juga menjadi sebahagian dalam drama sinetron Sheila ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia main sinetron pulak dah haha.. Another level ni.. dia bawak orang seberang la kali ni.. Kena masuk kelas lakonan Ellysha la lepas ni.. “
” Haha tahcod lah.. tetiba jadi pelakon sinetron ye satu family.. Cantik² menantu sis.. sorg muke arab sorg muke chinese.. “
” Kenapa sinetron ni ngaj ada zoom zoom ya haha.. Masalahnya yg indonesian nya sorang je tapi habis sekapal cakap indonesia.. “
” Rindu nak tengok sis acting.. dapat tengok dekat IG pun jadi lah.. alaaa teringat lah cerita sis jd maid Indonesian tu yg bercinta dgn saiful apek jual aiskrim tu . . Apa tah nama cerita tu.. “
” Iyahh dia tu tone lain maciam haha.. nak marah tapi kena senyum haha.. Macam request ehh pulak budak ni haha.. “
” Cantik bakal menantu sis.. boleh berlakon pulak tu.. sinetron satu family sis angkut kali ni.. terhibur tengok.. “
” Sis punya ‘ iyahhh ‘ tu mengekek i gelak haha. Jgn sampai kak sheilarusly_jspictures cakap siam pulakkk mcm dlm cita pontiianak menjerit.. “
Terhibur warganet melihat lakonan satu family Sheila Rusly ini. Tok Sidang dan anak menantu pun turut sama bercakap dalam bahasa Indonesia. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur dengan gelagat Sheila sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiela Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti1 day ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


