Artis / Selebriti
” Cantik anak dara Tok Mus, sebiji muka mamanya.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Datuk Paduka Mustapha Kamal Kongsi Gambar Bersama Anak-anak Gadisnya. Makin Besar Makin Cantik, Sama Sungguh Wajah Dengan Datin Sri Susan Manen !!
Nama Datuk Paduka Mustapha Kamal bukan as1ng dalam dunia seni tanahair. Sudah mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak dari alam remaja lagi, bakat lakonan dan ketampanan yang dimiliki Mustapha membuatkan dirinya masih bertahan sehingga kini.
Meninjau akaun Instagram Mustapha Kamal, telah dikongsikan sekeping gambar Mustapha bersama dua orang anak gadisnya iaitu Salsabil Qur’ani dan Sabella Qawiema. Memaklumkan di kapsyennya bahawa kedua anak daranya ini meraikan ulangtahun kelahirannnya yang jat0h pada 1 Januari.
Untuk makluman, Mustapha dan Susan sudah lebih 20 tahun mendirikan rumahtangga dan sehingga kini dikurniakan 4 orang anak. Selain Salsabil dan Sabella, dua lagi anak merupakan anak lelaki iaitu Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.

Mustapha yang aktif dalam drama Melayu tempatan masih lagi banyak menerima tawaran lakonan. Ini membuatkan mereka kerap berpis4h kerana tuntutan penggambaran yang kadang kala di luar daerah. Mustapha dan Susan juga pernah digandingkan bersama-sama menjayakan drama bersiri sebelum ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah anak-anak gadis Mustapha ini telah meraih perhatian peminat. Sudah remaja kedua-duanya dan membesar menjadi anak gadis yang cantik. Antara komen-komen mereka :
” Lawa2 ank nino Abe mus. Dh besar.. Dlu npk ddk kt toys shopping centre kecik2 lg. Cantik cam ibunya jugak.. “
” Comel comel sangat, Cantik your daughters. Handsome lg papa.. papa . ada kerja kos0ng tak dekat megah holding.. “
” Cantik nya anak Tuan. Makin bertsmbah Macho Papa.. Sweety girl dah anak dara tak lama dapat menantu la.. “
” They are just so cantik like their mummy. Mak cantik anak-anak pun cantik la.. Cantik comey anak YB.. “
” Cantik anak dara tok mus, Mcm h1ndustan the two girls. Sweet ike Papa and mama Susan.. So sweetnya girl2 anak papa Mus, papa Mus pun ape kurangnya handsome juga diapit 2 girls so beautiful.. “
” Happy Delated Birthday Tuan MK My my such lovely daughters , yela mama cantik ,papa handsome.. “
” Anak dara mus yang rambut hitam sebiji muka mama nya cyantik sangat..tapi dua2 pun cyantik cuma ada yang lebih manis dan yang lawa.. “

Memang cantik kedua-duanya lebih-lebih lagi si Salsabil yang nampak sama dengan wajah Susan. Apa pun, sememangnya anak-anak Mustapha dan Susan memiliki wajah yang sedap mata memandang. Semoga Mustapha sekeluarga sentiasa di bawah rahmat Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mustapha Kamal, IG Salsabil Qur’ani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
									 
									
