Artis / Selebriti
” Bukan mar4h share ni, cuma saling mengingatkan jer.. ” – Fizo Omar
Perkongsian Cerita Fizo Omar Tentang Kejadian Di Restoran Yang Begitu Menguji Kesabaran. Alahai Bertabahlah Lah Abe Joe !!
Artis dan selebriti sememangnya sentiasa menjadi perhatian peminat apatah lagi sekiranya bertemu mata. Rasa teruja untuk bergambar bersama bintang kesayangan pastinya ada. Dalam keterujaan peminat, selebriti juga menghadapi situasi yang kadang kala menduga kesabaran.
Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu paparan postingnya di Twitter. Fizo yang menulis persoalan kepada peminat tentang respon mereka sekiranya dalam situasi sedang makan namun disuruh ke meja lain untuk bergambar.
Fizo turut meluahkan rasa syukurnya kerana tanpa peminat siapalah seseorang selebriti itu. Namun dirasakan tindakan itu kurang sopan dan tidak bertepatan dengan situasi. Pastinya peminat teruja dan ingin mengabdikan gambar bersama cuma apabila diarahkan ke sana sini, ianya nampak janggal.

Kebiasaannya peminat datang ke meja untuk bergambar bersama artis namun bagi situasi Fizo ini sudah jadi terbalik. Apa pun, Fizo tidak menyalahkan peminat dan memahami rasa teruja mereka. Di akh1r kata, Fizo berharap agar ini dapat diambil iktibar dan peringatan bahawa adab sangat penting untuk melambangkan nilai bangsa.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Fizo ini mendapat pelbagai respon daripada peminat dan ramai yang kurang senang dengan tindakan kurang sopan ini. Antara komen-komen mereka :
” Hmm sabar je la. Do what you think is best and right. Kalau nak turn down, kene buat cara baik but u have to make up for it like belanja them air sirap. sure diorang tak jadi mar4h malah makin sayang kot.. “
” Mcm2 manusia noh tapi klu pikir2 balik.. klu depa kat sana 10 org .. semua nak mai kt situ mbik gmbaq lagi la huru h4ra.. dengan pkpb ni kan.. social distancing.. husnuzon.. ”
” Patutnya.. dia yang nak berganbar dia la datang. hihi.. chill jela hahaha.. boleh lak buat mcm tu… kita nak bergambar pun segan.. “
” Bgtaw je boleh tak saya habis makan dulu atau awak semua datang sini sebab saya nak makan dulu . Lapar sangat ni heheh.. “
” Haha ni mesti lapar sangat ni, biasanya gitu.. Sabar je la bang. Abang yang popular ramai orang kejar hehe.. “
” Betul.. tp yg mnta nk bergambar pun kena ada common sense lh. public figure pun manusia.. peringatan yang baik. moga terus maju jaya Fizo. Artis perlukan ruang juga haha.. “
” Kalau saya, mau pandang dari jauh je. Tak berani nak datang dekat dan mintak bergambar. Sabar eh Fizo.. “

Alahai sampai di arahkan ke sana sini lebih-lebih lagi kalau tengah makan, mungkin lebih manis jika semuanya datang ke meja Fizo daripada diberi arahan sebegini. Apa pun, Fizo masih antara artis yang disenangi peminat dan semoga sikap profesional Fizo dan mesra peminatnya ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

