Artis / Selebriti
” Bukan main lagi ek, siap mengajar cousin dia lagi tu.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Nur Fatima Aisya Mengajar Sepupunya Untuk Posing Ketika Bergambar Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Sangat, Siap Lentik-Lentik Kaki Lagi. Kecil-Kecil Dah Ada Bakat Jadi Model Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram Fattzuralovelife, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak perempuan Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya mengajar sepupunya cara untuk posing ketika bergambar telah membuatkan ramai terhibur.
Dapat dilihat Fatima sangat pandai memberikan gaya yang menarik ketika bergambar mungkin menerusi pengalamannya ketika mengikuti sesi photoshoot bersama ibunya sebelum ini. Pelbagai gaya yang diajar oleh Fatima kepada sepupunya itu.
Wah, kecil-kecil sudah pandai memberikan pose menarik. Sememangnya gaya Fatima itu seperti seorang model. Lihatlah cara Fatima melentikkan kakinya, bercekak pinggang dan menyengetkan kepalanya. Paling win ialah senyuman manis Fatima yang tidak lekang ketika bergambar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fatima seorang kanak-kanak yang cepat belajar dan boleh ingat apa yang dipelajarinya. Paling bagus, Fatima tidak kedekut berkongsi ilmu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah menerima pelbagai respon daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Acik nak join class grooming nyama lah.. Fatima Dia ingat ya cara2 posing from her previous shootings dan apply here… siap ajar cousin dia sekali.. “
” Bukan main lagi ek si kecik ni siap ngajar cousin dia lagi tu nyamma….so so cute and clever girl. Don’t grow up to fast nyamma.. “
” Hebat betul fatima.. Manis sungguh senyuman Nyamma…. woww Fatima Aisya anak yg bijak pandai dia cepat tangkap apa yg diajar.. “
” No dna test needed Fatima you mmg anak Fattah Fazura darah artis mengalir kemain ya posing artis comel kite ni.. so cute.. “
” MashaAllah cerdiknyaaa lahai… tngok la mak pak nya sapa kan..naturally talented.. Fazura Junior Satu je Fatima belum sebut.. “Lots of Love” Baru sebijik mcm mummy.. “
” Dia siap ajar kazen dia uolsss membebel dia bg tips di situ…ke mana tumpahnya kuah yer .. You’re born to be a natural star.. “
” Cerdik fatimah..aunty doakan agar fatima jadi anak yg solehah dunia akhirat. Aamiin.Aamiin.. mmg berbakatlah nyamma ni,gaya yg selamba tp memikat…. so cuteeee.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Fatima sememangnya mewarisi darah seni ibu dan bapanya. Semoga Nur Fatima Aisya membesar dengan sihat dan bijak serta berjaya dalam kehidupan. Mungkin Fatima bakal terkenal sebagai model suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
