Artis / Selebriti
” Budak kecil ni buat apa dalam perut ? Taekwondo ke, kpop dance ke.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru gambar Maryam You Narae yang kini sedang hamil 32 minggu raih perhatian ramai. Wah dah besar lah baby bump Maryam. Dah tak lama dah Rina nak jadi kakak..
Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, posting terbaru Maryam yang menampakkan baby bumpnya telah meraih perhatian ramai. Menurut Maryam di ruangan kapsyennya, kini kandungannya sudah mencecah usia 32 minggu.
Manurut Maryam lagi, kandungannya kali ini sangat aktif dan sering menendang perutnya. Adakah kali ini Rina bakal mendapat adik lelaki. Ada netizen yang meramalkan bayi Maryam kali ini merupakan bayi lelaki kerana mengikut bentuk perutnya.
Walaupun sudah mencecah 32 minggu, kandungan Maryam tidaklah begitu besar dan nampak comel sahaja perut Maryam. Wajah Maryam pula nampak sangat berseri-seri daripada selalu. Inilah yang dikatakan seri buat ibu mengandung.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih 68 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, Maryam merupakan wanita Korea yang berkahwin dengan lelaki dari Malaysia iaitu Nik Muhammad Ryzal.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Rina nak jadi big sister dah? Awww. Comelnya 32wks dia. Aku lah baru 4 bulan dh cm nak meletop.. Comelnye Maryam.. moga sihat & Selamat hingga melahirkan .. “
” Setahu saya kalau baby boy tendang memang kuat sikit dari girl. Lepas tu sakit. Lincah orang kata. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Maryam.. “
” Ehh sama dgn i laa. Weeks 32 semoga dipermudahkan Maryam .. Pregnant pun tetap yeppeudaaaa.. Hritu baru je dgar berita maryam pregnant, skrg dh 32w dah.. “
” Adik rina tgh dance lagu exo tu rasanya. Muka Maryam seri lain macam… Sy rasa Boy .. 32weeks kecik comey ja.. klau kite da demoks yakmat .. “
” Alhamdulillah semoga sehat selalu.macam another baby girl.. Congratulations mariammm…. riena dah nk jadi kakak laaa.. “
” Yeah 2nd baby coming soon.. banyakkan rehat jugak tau Maryam.. sihat² selalu.. Kiciknyeeee peyut 32weeks .. Berseri2 muka omma.. baby boy kot.. “
” 32 weeks but so shomel pandai maryam jaga diri. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti.. Bentuk perut macam boy ni .. “
Kami di berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan sepanjang menjalani tempoh kehamilan sehinggalah ke saat melahirkan nanti. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat sama ada Maryam junior atau pun Ryzal junior.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam You Narae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

