Artis / Selebriti
” Boleh tercabut tangan bakal mummy Matin tu, haha.. ” – IG Inaijari
Video Anak Lelaki Shuib Sepahtu, Ariq Mateen Bersama Bakal Mummynya, Watie Hanifiah Berpimpinan Tangan. Alahai Manja Betul Mateen Dengan Watie, Bersungguh Mateen Tarik Tangan, Tak Lepas !!
Hanya beberapa jam sahaja lagi berbaki untuk pasangan sensasi, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis mereka ini mendapat tajaan bernilai lebih 1 juta ringgit dan ramai yang menanti untuk melihat kemeriahan majlis Shuib dan Watie ini.
Pada minggu lalu, majlis khatam Al-Quran dan majlis berinai telah pun diadakan. Kedua-dua majlis tersebut terpaksa dilakukan awal kerana jadual kerja Shuib yang padat. Dapat dilihat anak-anak Shuib sangat akrab dengan bakal mummy baru mereka ini.
Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak ketiga Shuib, Ariq Mateen ketika bersama Watie. Melihat kepada persekitaran mereka, ianya dewan yang bakal berlangsungnya majlis pernikahan nanti.

Mateen berpimpinan tangan berjalan dengan Watie dan dapat dilihat gelagat manja Mateen apabila bersama Watie. Bukan main Mateen menarik tangan Watie, boleh tercabut tangan mummy tu Mateen. Langsung tidak mahu dilepaskan tangan Watie.
Jom tonton video di bawah :
Pastinya ramai yang seronok melihat kemesraan antara Watie dengan anak-anak pen1nggalan arw4h Siti Sarah ini. Tidak putus doa daripada warganet agar Watie dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak ini.

Tentu selepas ini, Shuib pun kena banyak beralah kerana anak-anak semua suka berkepit dengan Watie. Apa-apa pun, semoga majlis akad nikah Shuib dan Watie yang bakal berlangsung selepas ini berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

