Artis / Selebriti
” Boleh tahan kelakar Datuk M. Nasir, siap punchline lagi, haha.. ” – Netizen
Video Telatah Datuk M. Nasir Menerusi Rancangan Memasak Sherry Alhadad Bersama Datin Marlia Musa Mencuit Hati Warganet. Ingatkan Nak Cakap Tak Sedap. Berdekah Datin Marlia Dan Sherry Gelak, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Astro Gempak telah dikongsikan video yang memaparkan beberapa video rancangan memasak bertajuk You Know Nothing About Cooking. Rancangan tersebut memaparkan gandingan Sherry Alhadad bersama Datin Marlia.
Telatah mereka ketika memasak pelbagai juadah mencuit hati ramai. Antara video yang menarik perhatian adalah kehadiran suami Datin Marlia, Datuk M. Nasir sedang makan ikan bilis dan kacang yang telah digoreng oleh Sherry serta Datin Marlia.
Sherry bertanya kepada Datuk M. Nasir tentang ikan bilis dan kacang yang dimakannya. Memberikan reaksi wajah yang serius, Datuk M. Nasir menyebut perkataan ‘GG’ . Mendengar apa yang dikatakan oleh Datuk M. Nasir, Datin Marlia dan Sherry terkejut dan tidak faham maksud perkataan yang disebut oleh Datuk M Nasir.

Dengan spontan, Datuk M. Nasir berkata ‘GG’ itu bermaksud garing dan gurih. Manakala video kedua pula memaparkan Sherry memanggil Datuk M. Nasir dengan panggilan ‘Wa wa’ untuk datang merasa apa yang dimasaknya. Ketika merasa masakan tersebut, Datuk M. Nasir tersedak pula.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada netizen mengaakan rupanya Datuk M Nasir sebenarnya seorang yang kelakar walaupun wajah kelihat serius.
” Boleh tahan kelakar Datuk M Nasir, siap punchline lagi, haha.. Dah macam ayah kite… Suke ratah lauk garing2.. Bawang goreng bole dia layan sebalang.. “
Alahai kelakar sungguh Sherry dalam rancangan tersebut, ada sahaja yang dibuatnya salah. Malah, cara Datin Marlia menegur Sherry pula seperti ibu menegur anak. Menarik juga rancangan memasak ini, lain daripada rancangan memasak lain yang kita selalu tengok.

Walaupun hanya beberapa minit kehadiran Datuk M. Nasir, ianya cukup membuat ramai terhibur. Ternyata Datuk M. Nasir ini rupanya seorang yang kelakar. Apa-apa pun jangan lupa saksikan You Know Nothing About Cooking di Portal Gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



