Artis / Selebriti
” Boleh pula main musical chair eh, haha.. ” – Komen Netizen
Video babak Jep Sepahtu, Datin Maria Farida dan Ropie main musical chair dalam Sepahtu Reunion Live di Singapura buat ramai terhibur. Tiba-tiba je datang idea Jep, spontan betul babak ni. Datin Maria pun melayan je perangai masuk air Jep, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Sepahtu Reunion Live Official, perkongsian sedikit babak persembahan mereka ketika di Singapura baru-baru ini telah membuatkan ramai terhibur. Dalam babak tersebut memaparkan lakonan Datin Maria Farida, Jep Sepahtu dan Ropie.
Apa yang membuatkan penonton berdekah apabila Jep sempat lagi menjadikan babak tersebut dengan bermain musical chair. Ketika masing-masing berpusing di keliling meja secara tiba-tiba muzik dihentikan, Jep segera mengambil kerusi dan terus duduk.
Melihatkan gelagat Jep, Datin Maria turut sama mengikutinya. Kemudian babak bersambung dengan berpusing mengelilingi meja. Baru sedikit babak yang ditunjukkan sudah cukup menghiburkan. Kalau adanya Jep, sememangnya penonton tidak akan kering gusi ketawa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk info, Sepahtu Reunion telah membuat tour mereka ke Singapura untuk bertemu dengan peminat-peminat mereka di negara tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” One of my favourite part smlm kekek la korang.. Boleh pulak main musical chair eh, haha.. bila nak live kat brunei pula.. “
” Takde tunjuk mana² tv kt malaysia ke..huhuhu…nk tgk plsss.. nanti buat la siaran ulangan kmi msia nk tgok.. Jep memang lawak padu.. “
” Lepas ni klu ada SRL terbaru nk siar kt channel mana..Astro Warna Isnin ni last bersiaran.. harap harap ada ulangtayang kat astro.. “
” Cantik betul Maria Farida dia dengan jasmin Hamid memang cantik dari dulu lagi.. Nnt ad tayang kt astro ke? Sooka ke? Alaaa nk tgok jugk .. “
Selain Datin Maria Farida dan Ropie, turut serta dalam Sepahtu Reunion Live ini ialah Anna Jobling dan juga Ajai. Ramai peminat di Malaysia berharap agar persembahan mereka di Singapura ini akan dipertontonkan di kaca televisyen juga.

Persembahan Sepahtu Reunion sememangnya tidak pernah mengecewakan dan selalu mencuit hati. Walaupun Datin Maria bukanlah seorang pelawak, namun tetap boleh menjayakan persembahan bersama Sepahtu Reunion dengan penuh gelak tawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sepahtu Reunion
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

