Artis / Selebriti
” Bila tengok time bergambar tu, baru sedar rupanya Sufian ni sangat lah romantik…. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Sufian Suhaimi bersama isterinya ketika sesi bergambar semasa majlis resepsi perkahwinan raih perhatian warganet. Alahai tak sangka, sweet betul Sufian ni rupa-rupanya..
Semalam, penyanyi Sufian Suhaimi telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya iaitu Rania Al Sadat dengan sekali lafaz. Difahamkan majlis akad nikah pasangan ini diadakan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Meninjau di akaun TikTok milik nama Rania, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan telatah pasangan pengantin baru ini sekitar majlis resepsi mereka. Kelihatan Sufian dan Rania memilih busana pengantin bertemakan songket.
Antara video yang menarik perhatian warganet adalah ketika sesi pengantin memotong kek pada sebelah malam dalam suasana bersaksikan letupan beberapa das bunga api. Jelas kelihatan betapa bahagianya wajah Sufian setelah bergelar suami kepada Rania.

Selain itu, ramai peminat tumpang gembira atas perkhabaran perkahwinan Sufian. Ada juga mengatakan Sufian serta Rania antara pasangan pengantin yang kelihatan sama cantik dan sama padan. Sehingga kini, video majlis resepsi Sufian itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video-video di bawah ini :
@rania.al.sadat3 #wedding #sufiansuhaimi #sufiansuhaiminikah #fyp #raniaalsadat #fyppppppppppppppppppppppp #fypdddddddoooooonnnnnngggg #nikah
@rania.al.sadat3 PHOTOSHOOT WEDDING RANIA SUFIAN #nikah #fypdddddddoooooonnnnnngggg #fyppppppppppppppppppppppp #raniaalsadat #fyp #sufiansuhaiminikah #sufiansuhaimi #wedding
♬ nhạc nền – NILA Flower- Wedding Events – NILA Flower- Wedding Events
@rania.al.sadat3 #raniaalsadat #nikah #fypdddddddoooooonnnnnngggg #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #sufiansuhaiminikah #sufiansuhaimi #wedding
@rania.al.sadat3 WEDDING RANIA SUFIAN 2 MAY 25 #nikah #fypdddddddoooooonnnnnngggg #fyppppppppppppppppppppppp #raniaalsadat #fyp #sufiansuhaiminikah #sufiansuhaimi #wedding
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan ramai juga mendoakan kebahagiaan Sufian bersama isterinya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berseri-seri pengantin, nampak sangat bahagia.. Tenang je tengok.. Aku rsa dia salah sorg artis yg kawen semua rakyat Malaysia happy sangat.. “
” Selamat pengantin baru Sufian & Rania.. Jangan terkejut ye bangun pagi ada orang kt sebelah.. Kami semua doakan semoga Sufian dan isteri bahagia selamanya.. “
” Diaaa nampak bahagiaaa sngat sbb dulu satu dunia menyaksikan patah hati beliau.. Tahniah Sufia, tumpang happy sangat tengok.. “
” Bila tengok time bergambar tu, baru sedar rupanya, Sufian ni sangat lah romantik.. Moga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.. “
” Pengantin perempuan cantik.pengatin lelaki so cute.hope both of u hpy till jannah amen2.. Cantik sangat warna baju pengatin.. “
” Dapat lambat jodoh Nye sekali dapat cantik semoga bahagia dunia akhirat.. Tahniah Sufian n wife, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. “
” MashaAllah cantiknyaaaaa.. Syukurrrr dengan setiap ketentuan. Tahniah bang pian. Moga sentiasa sakinah mawaddah wa rohmah. Aamiin.. “
Alahai sweet sungguh pasangan pengantin baru ini, bagaikan pinang dibelah dua. Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat Sufian dan Rania, semoga ikatan perkahwinan kalian berdua ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga dan dikurniakan anak yang comel-comel.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rania.al.sadat3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
