Artis / Selebriti
” Bila Syamel sebut ‘macam minion’ tu terus gelak weii. Dengar suara Ernie gelak kuat, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Ernie Zakri Throwback Cerita Mengenai Baju Raya Syamel Buat Ramai Terhibur. Part Syamel Cakap Dah Macam ‘Minion Pergi Melaka’ Tu Memang Lawak Lah, Pasrah Syamel Kena Pakai Baju Raya Tu !!
Meninjau di akaun TikTok fannabrahman telah dikongsikan satu video temubual bersama pasangan suami isteri yang juga penyanyi terkenal iaitu Syamel dan Ernie Zakri. Menerusi video itu, Ernie ada berkongsi cerita satu kejadian ketika menyambut hari raya tahun lalu.
Kata Ernie, dia melakukan kesalahan besar apabila salah memilih warna baju tema hari raya mereka sekeluarga. Tambah Ernie lagi, niat sebenarnya tidak mahu mengganggu Syamel yang begitu sibuk dengan kerjanya dan Ernie mengambil keputusan untuk memilih sendiri warna tema baju raya mereka.

Klik gambar untuk info..
Memilih warna kuning dan peach untuk raya tahun lalu, ketika mahu pergi fitting baju, Syamel agak terkejut melihat warna baju yang dipilih oleh isteri tersayang. Syamel berkata warna kuning tidak sesuai dengan dirinya dan hal itu turut diketahui oleh Ernie.

Memandangkan baju tema itu dipakai seluruh ahli keluarga yang lain, Syamel tiada pilihan dan terpaksa memakainya. Seloroh Syamel, memakai baju raya berwarna kuning bersama seluruh keluarga kelihatan seperti ‘Minion’ pergi ke Melaka. Perkongisan video ini telah mengundang tawa warganet.
Tonton video di bawah ini :
@fannabrahman One On One tonite! Astro Ria 9.30 pm okay! lock! #oneonone #ramadan #special #erniezakri #syamel #tema #raya #astroria #astro #industri #seni #aidilfitri
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah pasangan suami isteri ini ketika bercerita dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bila Syamel sebut ‘macam minion’ tu terus gelak weii. Dengan suara Ernie gelak kuat, haha.. Dapat bayang muka Syamel time raya hari tu, haha.. “
” Patut la bila baju aq Jahit sendiri warna kuning tu anak2 aq jadi moody hahaha.. Baru terfikir minion rupanya, hahahaha adoiiii hai.. “
” Jangan smpai aku scroll ig ernie hahaha carik gambar raya tu.. Syamel Ernie ni kelakar g1la lah.. Sakit perut aku gelak tengok video ni.. “
” Perempuan kalau baju kuning tudung boleh cover lagi tapi lelaki maaf laaa betul kata Syamel jagung bakar black paper or minion g Melaka.. “
” Haha5 Syamel tau.. Dia kta minion melaka kuning lawak betul dengar.. Mesti kejadian tu jadi sejarah buat Syamel kan, hahahaa.. “
” Hahaha adik aku gelap, time fitting baju kurta soft yellow sebek ja muka dia last kali tukaq kasi laki warna lain sikit ada senyum la depa huhu.. “
” Minion pegi melaka du du du.. Tahun ni tema yg tgh viral oren brick.. Org kate kaler buddha.. Kuning plk minion.. Ko ni Shamellll aku dh ler tema tuuuuu haha.. “
Jelas kelihatan wajah Ernie agak menyesal kerana tersalah pilih warna baju dan Ernine sempat mengungkapkan kata maaf kepada Syamel ketika temubual tersebut. Apa-apa pun kita nantikan warna apakah pula tema baju raya pasangan ini pada tahun ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fannabrahman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti15 hours ago Artis / Selebriti15 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 


 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
