Artis / Selebriti
” Bila isteri ambilkan gambar suami, tak perlulah letak apa-apa harapan menggunung, haha.. ” – Dr Izzar
 
																								
												
												
											Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Kongsi Gambarnya Yang Diambil Oleh Ummi Buat Ramai Terhibur. Kapsyen Dr Izzar Memang Tak Pernah Tak Kelakar. Part Gambar Kedua Tu, Bertabah Lah Dr Izzar Yer, Hehe !!
Siapa tidak mengenali pelakon kecil molek, Ummi Nazeera ini. Ummi antara pelakon wanita yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan. Boleh dikatakan kesemua drama yang dilakonkan oleh Ummi pasti mendapat pujian para penonton.
Meninjau di akaun Instagram milik suami Ummi iaitu Dr Izzar Anwari telah berkongsi beberapa gambar sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kelihatan pasangan ini serta dua orang cahaya mata mereka cantik mengenakan baju sedondon berwarna purple.
Menerusi satu posting lain, Dr Izzar berkongsi gambar ketika mereka berada di sebuah tasik. Tulis Dr Izzar, gambar Ummi diambil olehnya cantik berbanding gambar dirinya yang diambil oleh Ummi. Seloroh Dr Izzar, jika isteri mengambil gambar, jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat hasil gambar tersebut akan cantik.

Posting Dr Izzar itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan mereka terhibur dengan kata usikan Dr Izzar dan mengakui sifat wanita kebiasaannya seperti itu. Sehingga kini, gambar Dr Izzar dan Ummi telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai respon dan terhibur dengan perkongsian oleh Dr Izzar ini. Antara komen-komen menarik warganet adalah :
” Sila hadam… Begitulah wanita, ciptaan istimewa, bak kata Sheila Majid dalam lagu Wanita, hahaha harap Dr Izzar bersabar ok.. “
” Hahaha kelakar betul.. Jauh beza sgt bezanya Kan.. Pandai doc snap gmbr.. Kapsyen Dr Izzar memang tak pernah tak lawak, mengekek aku gelak.. “
” Hahahahha biasa lah perempuan doc.. Selagi tak puas hati dengan posing yang mereka buat, selagi tu lah kena ambil gambar smpai lah puas hati.. “
” Hahahaahahha sampai tertidur gambar Dr Izzar, ni betul2 kena sabotaj namanya, hahahaha.. Ad0ii lawak betul lah tengok.. “
” Ishhh.. Sungguh.. Sy sokong sgt statement di atas… Kita suami ni jangan letak harapan tinggi gambar kita cantik, hahaha.. “
” Tu sudah biasa dr, hahaha nampak mengantok betul muka dr, keja malam ke dr sblum raya.. Hahhahahaa done jadi pembaris.. “
” Ada je nak usik Ummi, hahahaha padahal ada je gambar lain yg elok, gambar tido juga doc letak kan.. Betul tak doc, hahahaha kuat menyakat betul.. “
Dr Izzar ni kalau tidak menyakat Ummi memang tak sah, ada sahaja kapsyen yang ditulis olehnya membuat ramai yang tak kering gusi ketawa. Apa-apa pun semoga rumahtangga Dr Izzar bersama Ummi akan terus bahagia dan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
