Artis / Selebriti
” Bila Alyah kata takde orang, nampak sisi lain Tokram. Bila tahu kena rakam, macam rimau. Haha.. ” – Netizen
Datin Alyah Buat Kejutan Kek Sempena Hari Lahir Datuk Ramli MS Yang Ke ‘900’ Tahun. Alahai Tokram, Mula-Mula Tu Macam Sweet Je. Bila Tahu Kena Rekod Video, Terus Jadi Garang. Part Last Tu Sempat Lagi Tokram Sound Alyah, Hehe !!
Dato’ Ramli MS dan Datin Alyah antara pasangan yang low profile dan sering membuatkan warganet tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Tok Ram sinonim dengan karakter garangnya, manakala Datin Alyah pula seorang yang suka ketawa dan menyakat.
Meninjau entry terbaru Datin Alyah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Alyah membuat kejutan sempena hari lahir Tok Ram. Walaupun tarikh lahir Tok Ram belum sampai, Datin Alyah sengaja menyambutnya awal.
Ketika Datin Alyah membawa keluar sebiji kek dan membawanya kepada Tok Ram, Tok Ram tersenyum sahaja. Apabila Datin Alyah mengatakan tiada orang, elok sahaja lembut tutur kata Tok Ram ni. Sempat Tok Ram melawak lagi ketika Datin Alyah bertanyakan sambutan hari lahir yang ke berapa tahun.

Lantas Tokram menjawab hari lahirnya yang ke ‘900’ tahun. Apabila sedar Datin Alyah merakam moment itu, keluar balik perangai garang Tok Ram. Sempat lagi Tokram sound Datin Alyah supaya kurangkan berbelanja. Lawak betul Tok Ram ni, Datin Alyah ketawa sahaja kerana sudah faham perangai suaminya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Datin Alyah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Klau Nabil dengar Tok Ram ckp besday yg ke 900, mesti jadi bahan kt GV minggu ni.. Mcm husband i jg.. bila nak gmbr n video.. he know that i will post.. “
” Semoga tokram sihat² selalu. Semoga berbahagia selalu datin berdua.. Alhamdulillah bertambah usia Tok Ram. HBD to your hubby. Btw today pun my nephew’s birthday too.. “
” Sejak2 bnyak bergaul dgn geng bapak2 yg lawak ni tokram dh bnyak loose out ke’serious’an nya. semoga berbahagia selamanya tokram n datin aminn.. “
” Tok ram garang pun comel.. Hb tok rammm.. TOK RAM.. ayat akhir tu lebih kurang ayat suamiku hahahaa.. bila alyah kata xde org.. nmpk sisi lainnya.. bila tau kena rakam.. mcm rimau mngaum caranya.. “
” Happy Birthday Dato Ram tokram_ramlims.. ada kejutan la nanti kat GV Dewan MBSA ahad nanti dari nabilzira dan jihanmuse.. “
” Hepi beday tokram.. semoga pjg umr smp ke 9000 thn.. Heee garamnya tokram syeram kita.. pibeday tokram.. semoga meningkatnya usia makin bertambah iman dan amal. Amin2.. “
” Haha ayat laki sama jekan. Perlu ke bergambor haha. Happy bday tokram. Moga diberikan kesihatan yg baik & terus success Ameen.. “
Alahai Tokram, elok-elok dah cakap lembut dan sweet, tiba-tiba bertukar jadi ‘singa jadian’. Garang betul lah buah hati Datin Alyah seorang ini. Apa-apa pun, happy birthday in advanced buat Dato’ Ramli MS. Semoga bertambahnya usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen




