Artis / Selebriti
” Bijaknya Afwa, high five tu cute sungguh tengok.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Sedang Belajar Raih Pujian Netizen. Wah Pandainya Afwa, Tengok Gaya Afwa Ni Nampak Macam Jenis Cepat Belajar !!
Dilahirkan sebagai anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, apa sahaja yang dilakukan oleh anak sulung mahupun anak kedua penyanyi ini, Siti Aafiyah dan Muhammmad Afwa seringkali menarik perhatian warganet.
Gelagat comel Aafiyah dan Afwa melakukan pelbagai aktiviti dan pembelajarannya di rumah sememangnya menarik perhatian ramai. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, telah dimuatnaik satu video memaparkan Afwa sedang belajar mengenal huruf menggunakan tablet.
Menerusi video yang dikongsikan, Afwa sedang duduk di kerusi dan tablet diletakkan di atas meja. Kelihatan Afwa sedang mengenal huruf ‘M’ serta melakukan aktiviti melakar huruf ‘M’ pada skrin tablet. Kedengaran juga suara Dato’ Seri Siti sedang memberikan semangat dengan memuji Afwa.

Di usia Afwa yang baru menginjak umur dua tahun lebih, dilihat Afwa begitu tekun belajar dan merupakan seorang anak yang cepat belajar dan bijak walaupun masih kecil. Sehingga kini, perkongsian video Afwa sedang belajar telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memberikan kata pujian setelah melihat gelagat Afwa sedang belajar. Antara komen tersebut adalah :
” Bijaknya Afwa, high five tu cute sungguh tengok.. Alhamdullillah smoga dipermudahkan segala urusan anak2 Tokti.. “
” Comel gebu nyer tangan adik.. Budak budak sekarang bijak bijak. Masa kita kecik dulu sibuk main game and watch.. Mana ada komputer.. “
Alahai comel tengok Afwa belajar. Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja Afwa sudah besar. Jangan tak tahu, si comel ini juga turut mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa dan ada yang mengwujudkan akaun fans Afwa untuk berkongsi perkembangan Afwa buat tatapan ramai.

Malah ramai yang ger4m melihat wajah Afwa yang dikatakan comel lagi-lagi melihat Afwa sedang tersenyum manis. Apa-apa pun, semoga anak-anak Dato’ Seri Siti terus diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat Dato’ Siti dan suami.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

