Artis / Selebriti
” Bijak Bella, orang tengah kecoh sabab Ayden peluk Muaz. So dia keluarkan version family BASS, hehe.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Bella Astillah muatnaik video terbaru bersama YB Syed Saddiq dan anak-anaknya, Ayden dan Ara buat peminat teruja. Alahai manja betul Ayden dan Ara dengan Daddy Saddiq. Sweet sangat video ni..
Kecoh diperkatakan di media sosial semalam apabila video kemesraan antara anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean bersama pelakon Muaz Zabir. Ada segelintirnya mula membandingkan antara keakraban antara anak Bella bersama Muaz dengan YB Syed Saddiq.
Tidak melatah dengan semua komen yang berbaur negatif, Bella berkongsikan satu video dan ianya seakan menjawab semua teka-teki warganet. Menerusi perkongsian Bella di akaun Tiktoknya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Bella, YB Syed Saddiq, Ayden dan adiknya, Ara Adreanna membuat video Tiktok bersama-sama.
Kapsyen Bella pendek sahaja berbunyi ‘ Bersama 3 oyen ‘ di ruangan kapsyen posting ini. Ramai yang memuji layanan YB Syed Saddiq terhadap Ayden dan Ara. Ramai juga yang memberikan komen mengatakan wajah Ara dan Ayden seakan mirip dengan wajah YB Syed Saddiq.

Menonton keakraban Ayden dan Ara bersama YB Syed Saddiq dalam video ini cukup menjawab dan mengakhiri persepsi yang tidak menyenangkan hati peminat BASS. Wajah YB Syed Saddiq kelihatan begitu gembira merakamkan video bersama Bella dan anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
@bellaastillah_94 Bersama 3 oyen ✨
Perk0ngsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 500 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak kebahagiaan seorang Syed Saddiq di situ. Aku yg sebak.. anak-anak ikut happy.. ngaku bapak pun orang percaya HAHAHA.. “
” Syed saddiq is not their step father , but the father that stepped up.. ni kalau tk kawin jgk aku nak menangis sampai satu bumi ni banjir.. “
” Bijak Bella, org tengah kecoh sbb Ayden peluk muaz so dia keluarkan version family BASS.. hehe.. muka 3 oyen tu sama je.. geram lak tengok.. “
” Weh muka anak dia memang sebijik syed saddiq la wehhh aku ingatkan korg saje je cakap tapi memang betul la wehh.. “
” Bella ni sangat cantik & pandai.. dia keluarkan video ni di tengah2 org sdg banding2kan kekasihnya yb syed saddiq dgn org lain..terbaiklah Bella.. ini sudah cukup utk menjawab segalanya. Aamiin. “
” Akhirnya ada video keluarga.. ni vitamin jenis apa ni, kami overdos.. Bella tak perlu explain panjang lebar. Just post this video is everything. Salute u bella. Terus bahagia yaa.. “
” Ara punya expression tu Ya Allah.. duduk kat pangku YB lagi.. muka anak2 bella da mcm syed saddiq ya. da mcm anak beranak da tu mmg pjg la jodoh dorg ni smpi jannah aminn.. “
Tumpang seronok dan bahagia semua pencinta BASS menonton video Bella ini. Yang penting, Ayden dan Ara sayang dan manja dengan YB Syed Saddiq. Diharapa jangan ada yang membuat perbandingan lagi selepas ini dan sama-sama kita mendoakan segalanya dipermudahkan untuk pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti14 hours ago Artis / Selebriti14 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
