Artis / Selebriti
” Biasa tengok sis masak je, rupanya Tok Sidang pun sama rancak kat dapur.. ” – Netizen
Video Tok Sidang Memasak Juadah Berbuka Puasa Buat Isterinya, Sheila Rusly Raih Perhatian Ramai. Wahhh Tok Sidang Pun Pandai Masak Juga. Simple Je Menu Tapi Nampak Sangat Menyelerakan !!
Bagi yang mengikuti pengarah terkenal Sheila Rusly pasti mengetahui yang Sheila seorang yang sangat suka memasak. Pelbagai juadah yang dimasak oleh Sheila akan dikongsikan di akaun Instagramnya buat tontonan umum.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Jinggo iaitu suami Sheila, telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya memasak. Dalam video itu, Jinggo atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang sedang memasak beberapa juadah.
Difahamkan juadah masakan Tok Sidang itu adalah untuk menu berbuka puasa untuk Sheila. Kelihatan Tok Sidang memasak lauk ikan goreng, masak lemak sayur dan sambal ikan bilis tempoyak. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada yang tidak menyangka yang Tok Sidang rupanya yang memasak hidangan tersebut. Sehingga kini, video Tok Sidang memasak telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan ramai yang memuji Jinggo pandai masa dan masakannya nampak menyelerakan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Biasa tengok sis masak je, rupanya Tok Sidang pun sama rancak kat dapur.. Tempoyak tu lah paling sedap tengok.. “
” Wowww bila cik suami beraksi di dapur.. Simple2 macam ni lah nasi menambah berkali2.. Sedap betul lah tengok.. “
” Selamat berbuka puasa Tok Sidang Sedap beno .. Menu tambah nasi.. Sambal tempoyak tumbuk tu win la.. Wat teman teringat kt kg teman. (Kg.gajah) .. “
” Pandai jg Tok Sidang masak sy nak cubalah buat sambal tempoyak macam TS buat nampak sedap betul.. “
” Warghhhh tok sidang pandai masak jugee.. Simple tapi telan air liur melihat, menyelerakan.. Paling win sambal tempoyak memang sedap tok.. “
” Mataooppp tok sidang dah mula tunjuk bakat terendam lauk kg sedap tok sidang mcm ni pun dah menambah2 nasi petai keduaq xdaq lgi tu kalu ade berap12.. “
” Alamak aiii padu pulakkk sambal tempoyak tok sidang dgn ikan goreng aduhhh.. Pandai masak rupanya Tok.. “
Walaupun ringkas masakan Tok Sidang, nampak sangat sedap, Pasti Sis Sheila tambah berkali-kali ni. Apa-apa pun semoga kehidupan Tok Sidang dan Sis Sheila terus hidup bahagia dan kekal sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

