Artis / Selebriti
” Bestnya, bertuah siapa jadi staff Khairul Aming ni.. ” – Netizen
Video Khairul Aming Belanja Semua Staff Keperluan Raya Dan Bagi Bonus Raya Buat Ramai Kagum. Wah Majikan Satu Dalam Sejuta Ni. Banyak Betul Bonus Tu, Tebal Betul Sampul Duit Masing-Masing. Salute Lah Aming !!
Khairul Aming antara influencer dan juga usahawan yang paling melet0p dan berjaya masa kini. Aming mengusahakan sambal Nyet Berapi dan Daging Dendeng Nyet Berapi yang mana antara produk kesukaan ramai masa kini. Aming memiliki hampir 100 orang pekerja di bawahnya.
Meninjau akaun Instagram Khairul Aming, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aming menyantuni kesemua pekerjanya. Aming mengekalkan tradisi seperti tahun-tahun sudah iaitu memberikan sumbangan persediaan hari raya dan bonus raya kepada semua pekerjanya.
Menerusi video ini, dapat dilihat kegembiraan pada wajah setiap seorang pekerja Aming. Tidak hanya baju raya, malah Aming turut sama sponsor barangan dapur sebagai persediaan menyambut hari raya. Pelbagai ragam dapat dilihat dalam video ini.

Gembira bukan kepalang masing-masing apabila kembalinya mereka ke kilang, Aming memberikan satu lagi kegembiraan kepada semua. Setiap seorang mendapat satu sampul tebal yang berisi wang bonus raya. Wah bukan sikit-sikit bonus raya masing-masing, alhamdulillah rezeki.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet dan belasan ribu komen yang diberikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi, Tahniah semoga terus maju Aming.. ” – Dr Halina
” Entahlaa.. dah tua agaknya aku ni.. tengok troli penuh tu pun bergenang airmata. Sedekah bulan puasa.. Ya Allah.. moga sentiasa dalam rahmat Allah, minmin.. ”
” Wonderful celebration. May Allah grant you with more rezki for appreciating your staffs.. ”
” Inspirasi terbaik anak Melayu busines sekarang. Contoh terbaik bukan sekadar sale, marketing tetapi kita dapat rasakan keikhlasan dan keluhuran KA dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Keluarga empayar perniagaan beliau. Alhamdulillah dan terus menjadi inspirasi terbaik buat generasi muda lain.. ”
” Very Inspiring. Beruntung sungguh Staff2 KA. Semakin bertambah2 laa rezeki KA sebab pemurah dengan Staff. salute.. ”
” Masha Allah bestnya, bertuah siapa jadi staff Khairul AMing ni. Alhamdulillah satu dalam sejuta majikan macam ni.. ”
” Tebal duit raya.. Terbaik lah dapat boss gini…. Penuh kan trolley tu pun bahagia weeeii.. tak hairan Aming rezeki mencurah-curah, pandai hargai pekerja.. ”
Mana hendak cari majikan sebaik Aming ini, satu dalam sejuta. Banyak yang Aming keluarkan untuk membelanja pekerja yang sentiasa ada dengannya. Semoga Khairul Aming terus menjadi inspirasi untuk semua anak muda dan dikurniakan rezeki yang berganda-ganda pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Khairul Aming
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen


