Artis / Selebriti
” Besar dah anak Dayana, comel sangat.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Perempuan Dayana Amerda, Maryam Yang Kini Sudah Berusia 3 Tahun Raih Perhatian Warganet. Alahai Ustazah Kecil Ni, Nampak Selesa Betul Berhijab. Comel Sangat !!
Nama Dayana Amerda pernah popular suatu ketika dahulu dan merupakan juara Idola Kecil 2. Selain penyanyi, Dayana juga salah seorang pelakon dalam siri drama Elly & Epit. Mendirikan rumahtangga bersama Hadi Mazlan, pasangan ini kini bahagia bersama anak-anak mereka.
Meninjau akaun Instagram Dayana Amerda, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan wajah anak perempuan Dayana bernama Maryam. Dengan ucapan selamat berpuasa buat semua, Dayana menulis sedikit coretan tentang anaknya ini.
Maryam lahir pada 1 Ramadhan mengikut tarikh hijriyah dan kini usianya memasuki 3 tahun. Semua ibu mengimpikan anak menjadi insan yang bertaqwa dan teguh imannya. Bermula sejak kecil, Dayana mengajar Maryam untuk berhijab.

Masih dalam proses belajar, turut dikongsikan koleksi gambar Maryam berhijab tahun demi tahun. Comel sungguh si kecil Maryam ini, sama seperti umminya juga. Kelihatan Maryam cukup selesa sahaja berhijab walaupun masih kecil.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Dayana ini telahpun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya.. Happy birthday maryam.. btw tudung maryam mostly beli di mana ? Nak belikan untuk anak buah hehe.. “
” Sanah helwah maryam semoga menjadi anak yg solehah untuk kak dayana cantik tarikh birthday kita harini yeee 23 march saya genap 18 tahun alhamdulilah.. “
” Selamat Hari jadi Maryam. Semoga Allah kurniakan kejayaan buat Maryam suatu hari nanti dan juga semoga Maryam menjadi inspirasi kepada orang sekeliling. Saya doakan semua impian Maryam tercapai. Dan yang paling penting menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah.. “
” MasyaAllah selamat hari jadi Maryam , semoga jadi anak yang solehah taat pada agama dan ibubapa.. comel nya maryam.. “
” Masyaallah, she looks so comfortable in hijab, comel sangatt.. Gambar 4 5 tu mcm dah besar sangat la maryam. Semoga membesar menjadi anak yg soleh dan permudahkan org sekeliling yg menjaga awak.. “
” Masyaallah, sannah helwah bidadari cilik. semoga adik menjadi bidadari solehah dan akhirat seperti mama adik juga dayanaamerda aamiin ya Allah.. “
” Besar dh anak dayana… HappY belated birthday Maryam so cute.. moga membesar jadi anak yg solehah.. “
” MasyaAllah sekejapnya masa berlalu.. sanah helwah anak solehah. semoga sentiasa berada dalam rahmat Dan perlindungan Allah swt. Cantik sangat MasyaAllah.. “

Alahai comel sungguh, sejuk mata memandang Maryam ini. Semoga Maryam menjadi anak yang solehah sebagaimana impian ummi nya, menjadi insan yang tinggi budi pekertinya dan kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG azzamsham_troopers, ig dayanaamerda_fanclub, ig aidacdaud, ig hadi_mazlan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen


