Artis / Selebriti
” Bertuah Rita ada anak yang menghargai dan menyayangi mummy mereka macam ni.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Buat Surprise Sempena Hari Lahir Rita Rudaini Buat Warganet Tersentuh. Alahai Terkejut Rita Tengah Basuh Pinggan Kat Dapur, Menjadi Plan Anak-Anak, Terharu Rita Dibuatnya !!
Ianya satu rezeki dan nikmat untuk seorang ibu apabila mempunyai anak yang selalu menghargai dan menyayangi. Tidak perlu ditaburkan harta dan emas permata tetapi cukup dengan ingatan dan kasih sayang mampu membuatkan seorang ibu tersenyum bahagia.
Menerusi akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak-anak dan anak-anak saudara Rita membuat kejutan sempena hari lahir Rita. Kata Rita, ini adalah kali kedua Rita menerima surprise daripada mereka.
Kali pertama ketika Rita sedang tidur dan tepat jam 12 tengah malam. Alahai sweet sungguh Ryan, Arjuna Thaqif dan Dani , pandai pula mereka ‘menyusun strategi’ supaya mommy tidak perasan segala perancangan yang sudah mereka aturkan bersama yang lain.

Ketika Rayyan membawa masuk kek ke bahagian dapur, terpancar jelas wajah terkejut Rita. Sesuatu yang di luar jangkaan Rita kejutan kali ini. Alhamdulillah seronok warganet melihat cara anak-anak Rita menghargai dan menunjukkan rasa sayang mereka terhadap Rita.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy bday rita.. bertuah rita ada anak yg menghargai dan menyayangi mummy mereka macam ni.. ”
” Ish laaa mami ritaaa dok di dapoq pun segak yakmat aih. X mintak banyak . Nak nampak cantik mcm Rita bila sampai umur mcm Rita nanti . Tu jeee.. ”
” HB rita… org cantik kalau surprise mlm2 pun tak pe…. Still on point… Kalau I, siapa2 nk surprise kan I kena bgth awal2… Hahahah ha… Anyway, have a blessed birthday.. ”
” Kita yang tersenyum, eh eh. Syurga tempat mu Rita.. membesarkan anak sepenuh hati sebagai ibu tunggal… pasti manis akhirnya.. ”
” Aku jd sedih tgk video ni… sbb ?? Sbbny semua hasil titik peluh susah senang dia ank² ada ngn dia… syg dia.. Alhamdulillah jg mummy angpa elok² na syg²… hapy birthday kak rita… semoga kak rita sntiasa dberikan kesihatan yg baik.. bhgia bersama tersyg.. ”
” The real strong woman .. membesarkan ank2 tanpa suami.. Sebagai single mother. bila anak bt mcmni sungguh2 touching sbb depa ja yg hargai kita.. Semoga anak2 kita yg pak xamek kesah ni menjadi anak solehah bt kita. hugs sis rita.. ”
” Allah gantikan 2 orang anak teruna yang menghargai mommy depa, anak teruna depa ni cukup kuat ingatan bagaimana mommy depa besaqkan depa. sumpah depa takkan pernah lupa jasa mommy depa.. ”
Anak-anak soleh Rita yang akan selalu ada sebagai pelindung dan pendamping setia sampai bila-bila dan menjadi anak-anak yang selalu menceriakan hati seorang ibu. Selamat hari lahir Rita daripada kami di Berita Kopak dan semoga berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



