Viral
” Bertahun saya cakap pada dia, tanya dia, dia tak jawab. So hari tu dia jawab.. ” – Komen Netizen
Video Pengasas Cafe Autism Project, Encik Adli bercerita moment anak autismnya, Luqman mula bercakap buat ramai menangis. Pilunya hati mendengar kata-kata pertama Luqman kepada ayahnya tu..
Ianya satu cabaran dan dugaan untuk ibu bapa apabila dikurniakan anak autism. Anak istimewa kurniaan Allah ini adalah ladang pahala untuk ibu bapa namun memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menguruskan dan membesar anak seperti ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Suria Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual penyampai Suria FM bersama Encik Adli, Pengasas Cafe Autism Project . Ini adalah bersempena sambutan Bulan Kesedaran Autism.
Encik Adli juga dikurniakan seorang anak autism bernama Luqman. Ketika diajukan soalan mengenai pengalaman berharga yang menyentuh hati bersama Luqman, Encik Adli berkongsi cerita kali pertama Luqman bercakap. Semasa Luqman kecil, Encik Adli tidak dapat menerima Luqman sebagai anak autism dan mengajarnya seperti kanak-kanak normal.

Bertahun-tahun Encik Adli bercakap dengan Luqman dan mengucapkan ayat ‘ayah sayang Luqman’, namun sayangnya tidak sebarang respon daripada Luqman. Hanya pandangan mata yang tidak memahami namun semuanya berubah pada suatu malam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Rata-ratanya tersentuh mendengar cerita Encik Adli ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Banjir dengar luahan hati seorang ayah. Ini memang ayat keramat yang dinanti-nantikan oleh ayah daripada anak autisme nya.. touching sangat.. “
” Allahu, sedihnya.. bergenang-genang air mata kita ni. saya pun teringin sgt nak dgr anak syurga saya panggil saya umi.. InshaAllah semoga sya dpt dgr panggilan tu 1 hari nanti.. “
” Sedihnya, saya pun mengharapkan keajaiban dari Allah swt untuk anak saya bercakap.. anak saya sama macam tuan.. “
” Allahuakbar, sebaknya.. kasih ayah kepada anaknya.. Saya pun nak dengar yang sama dari anak saya. Dah 11 tahun tapi masih tak boleh bercakap.. “
” Sambil drive pagi tadi, teresak-esak saya menangis. Mama pada anak autisme hadir.. setiap parent yg ada anak autisme mesti ada pengalaman paling touching dgn ank2 autisme masing2.. “
” Ank autisme Sy dah 8thn Masih x bole lg Sy x mau sedih2 inshallah dgn kuasa Allah suatu hari pasti dia bole panggil Sy …ibuuu tu paling bermakna utk Sy.. “
” Betul bang… kadang sy rasa aku ni ke neraka ker ke syurga sbb jaga dorg ni.. kadang tu terlepas tgn.. terlepas kata.. “
Dialog paling indah untuk seorang ayah apabila anak istimewa terungkap juga ucapan ‘sayang ayah’. Hanya ibu bapa yang ada anak autism lebih memahami perasaan ini. Semoga Encik Adli diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjaga anak istimewanya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

