Artis / Selebriti
” Berseri-seri, manis dan sopan. Cantik g1la, aurat pon tak nampak.. ” – Netizen
Video Majlis Resepsi Mizz Nina Dan Suaminya, Essam Muhammad Di Malaysia Raih Perhatian Ramai. Alahai Berseri-Seri Sangat Mizz Nina, Baju Pun Sopan Dan Elegant. Dah Lama Tak Tengok Mizz Nina Makeup, Cantik Sungguh !!
Sekitar pertengahan bulan Jun yang lalu, penyanyi Mizz Nina telah pun berkongsikan berita gembira tentang perkahwinan kali keduanya bersama Essam Muhammad. Berita itu disambut dengan baik oleh semua peminat Mizz Nina dan doa agar Mizz Nina berbahagia selalu dititipkan.
Kini setelah lebih 2 bulan usia perkahwinan mereka, satu majlis resepsi diadakan di Malaysia. Meninjau akaun Instagram Melodi, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis tersebut. Kedua-dua mempelai kelihatan sama cantik dan sama padan.
Sudah lama tidak melihat Mizz Nina bersolek sebegini. Naik seri pengantin Mizz Nina hasil tangan juru solek, Fazz Ariffin. Simple sahaja busana Mizz Nina dan Essam, namun tetap kelihatan elegant dan sopan sesuai dengan imej muslimah Mizz Nina.

Menurut portal Mstar, majlis ini diadakan secara tertutup di Boathouse, Ampang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Senyuman tidak lekang dari mulut pasangan pengantin baru ini. Memetik komen warganet pula, tak puas melihat Mizz Nina yang jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sama cantik, sama padan.. love sangat tengok Mizz Nina dengan suami.. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. ”
” Pengantin laki pakai kopiah je pun. Tu pun segak haihhh.. masya Allah mizz nina pun cantiknya.. dah lama tak tengok mizz nina makeup macamni.. berseri-seri.. ”
” Cantiknya Mizz Nina, berserinya wajah dia.. Tahniah semoga berbahagia hingga ke jannah dan gembira selalu.. ”
” Congrat Miss Nina n hubby.. at last you find happiness with the right person you deserve it.. Allah known the best for you.. ”
” Bila berada dgn org yg tepat… senyuman yg penuh nikmat bahagia…congratulations Mizz Nina dan suami.. sama padan.. ”
” Cantiknya baju dia. lawa g1la mizz nina.. berseri-seri tak puas tengok senyuman dia tu.. Tahniah. Selamat Pengantin Baru. Semoga cinta, kasih dan sayang sampai syurga. Aamiin.. ”
” MashaAllah lurve nya.. nampak berseri manis sopan.. cantik g1lerrr.. aurat pon tak nampak.. nampak vibe ii arab.. ”
Tidak dinafikan, semakin cantik dan manis Mizz Nina sekarang. Apabila hati bahagia dan berbunga-bunga, itu lah yang terlihat pada wajah. Semoga Mizz Nina dan Essam berbahagia selalu dan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meloditv3, IG Fazz Ariffin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

