Artis / Selebriti
” Berseri-seri ibu mengandung ni, cute betul baby bump Syifa.. ” – Netizen
Syifa Melvin Kongsi Gambar Terbaru Bersama Suaminya, Safawi Rasid Raih Perhatian Warganet. Wah Betul Lah Syifa Pregnant. Comel Sangat Perut Tu, Tahniah Syifa !!
Baru-baru ini tular diperkatakan oleh peminat sukan bola sepak negara apabila Safawi Rasid memasukkan bola ke dalam jersinya sejurus berjaya menjaringkan gol. Ianya sangat berbeza dengan cara Safawi meraikan gol sebelum ini dan menimbul spekulasi isterinya, Syifa Melvin sedang hamil.
Meninjau akaun Instagram Syifa Melvin, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Syifa dan Safawi pada pagi hari raya. Syifa yang memakai busana berwarna ungu ini kelihatan berbeza dengan dirinya dahulu. Rupanya benar desas desus yang mengatakan Syifa hamil.
Syifa turut memaklumkan tentang kehamilannya itu di ruangan kapsyen. Selain itu, Syifa juga mendoakan agar pasangan lain yang masih menunggu untuk mendapat zuriat sendiri akan diberikan rezeki untuk merasai detik bahagia itu seperti dirinya dan Safawi.

Melihat perubahan pada perut Syifa itu membuatkan warganet teruja. Comel sungguh baby bump Syifa, sudah jelas kelihatan dan ada komen daripada salah seorang peminat mengatakan Syifa sudah 6 bulan usia kandungannya. Wah dah tak lama nak bergelar ayah dan ibu.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Syifa ini telahpun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yeayy bertambah geng baru.. Syifaa semoga sehat selamat semuanya sampai proses melahirkan.. ”
” Tengok dalam ig dah cantik, rupanya kot luaq lagi cantik sangattt syifa nii… dapat bodycheck and tgk dekat2 tak bleh move on segakkkk.. ”
” Alhamdulillah tahniah Syifa dan Safawi. Tak sabar nak tengok baby Syifa, mesti comel macam Syifa jugak.. ”
” Berseri-seri ibu mengandung ni, cute betul baby bump Syifa.. ni saya rasa tentu anak lelaki sebab nampak perut cam tu.. ”
” Alhamdulillah semoga dipermudahkan sehingga bersalin. Tak sabar nak tengok syifawi junior.. ”
” Coel perut Syifa tu.. Alhamdulillah tahniah, suka sangat tengok Syifa dan pawi ni.. sweet je.. semoga semuanya dipermudahkan untuk Syifa melahirkan nanti.. ”
” Alhamdulillah tahniah syifa. smoga dipermudahkan segala urusan yang baik2 saja mengiringi hampa dua.. Aaminn Ya Mujib. Doakan kami juga ya dpt rasa jd ibu.. ”

Terjawab sudah ura-ura tentang kehamilan Syifa sebelum ini. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk Syifa melahirkan zuriatnya ini. Tahniah daripada kami di Berita Kopak atas berita gembira ini dan semoga Syifa dipermudahkan sepanjang tempoh bersalin sehingga selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syifa Melvin, IG Safawi Rashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

