Artis / Selebriti
” Bermulanya saat di mana hanya ustazah saja yang tahu akan hadirnya Izzara.. ” – Datin Alyah
Video throwback Datin Alyah tidak dapat menahan sebak ketika Ustazah Asni Mansor membacakan doa buat anaknya, Izzara sewaktu baru mengambil Zara sebagai anak angkat buat ramai tersentuh. Moment yang sangat menyentuh hati..
Perkongsian terbaru Datin Alyah di Instagram telah mencuri perhatian warganet apabila Alyah memuatnaik sebuah video throwback bersama pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor. Menurut Alyah, Ustazah Asni yang menjadi antara insan terawal mengetahui tentang kehadiran anak angkat kesayangannya, Izzara dalam hidupnya.
Menerusi hantaran di Instagram, Alyah meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengenang perjalanan awalnya dalam bergelar seorang ibu. Ia merupakan sebuah fasa yang diakui penuh persoalan, kegusaran dan harapan. Dalam nukilan panjang yang sarat emosi, Alyah mengimbas kembali bagaimana hanya Ustazah Asni yang mengetahui perkembangan awal mengenai pengambilan anak angkatnya itu.
Alyah menzahirkan penghargaan tidak terhingga buat ustazah yang bukan sahaja menjadi guru, bahkan tempat rujukan dan sumber kekuatan sepanjang proses tersebut. Ustazah Asni banyak membimbingnya tentang hakikat menjadi ibu, termasuk persoalan-persoalan besar yang sering menghantui hati seorang wanita yang bakal memikul tanggungjawab itu.

Alyah turut meluahkan kegusaran terhadap realiti dunia masa kini yang semakin pesat berubah. Alyah sering bertanya kepada diri sendiri, mampukah dia mendidik zuriatnya seperti mana ibu bapanya mendidik dirinya suatu ketika dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sebak sy xsdr mntik airmta sy sy setia berjuang walau 10thn lbh berttc masih setia menanti pyjuk hti kmi. Walau xbpluang mengambik ank angkat, trut happy tgk zarra dibesarkan dgn pnh ksh syg moga menjadi ank solehah izzara.. “
” Ei budak pandai selpi ni masa baby elok tdo ea…skrg ngusik daddy dia aje… semoga mbesar dgn shat syg,,, sedih tgk video ni.. “
” Moment teringat Datin semoga Izzara sihat selalu.sy belum kahwin Allah Dah tarik nyawa ujian berat dugaan sy rahim dah Buang terus Feb 2024 kitaran haid tak teratur ketumbuhan fibroid dalam rahim.. “
” InshaAllah mengambil anak angkat org terima sy seadanya kekurangan. sya pun sorg ibu yg jaga ank angkat selepas 10 tahun menanti zuriat sendiri…skrg ank dah 1 tahun allah beri rezeki utk menikmati mjdi sorg ibu kpd zuriat sndiri.. “
” Insyaallah mngkin ada rezeki untk ambk angkat msti ada sbb bnyk kali nk ambk angkt msti tak jadi jee …geng ttc 10 tahun hadir.. “
” Saya pulak yg sedih sebak rasa. Aamiin2 YaRobbalalamin ..Semoga Izzara membesar menjadi Anak yg Solehah.. “
” Sebak dengar + cantik badan Aliya kerana badan perempuan yang tidak pernah melahirkan.. Baju alyah pakai nak belin kt mna.. “
Perkongsian Datin Alyah ini menunjukkan betapa besarnya perubahan yang datang bila hadirnya seorang anak dalam hidup seseorang. Dengan sokongan ustazah dan orang sekeliling, Alyah kini lebih yakin melangkah sebagai seorang ibu. Semoga perjalanan Alyah dan Izzara terus dipermudah dan dipenuhi kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

