Artis / Selebriti
” Berita yang akak sangat takut. Akak terdiam, rasa menggigil seluruh badan.. “- Anne Abdullah
Anne Abdullah kongsi video kenangan bersama sahabat baiknya, arwah Nadia Kesumawati buat ramai tersentuh. Sebaknya bila Anne cerita keadaan dia bila tahu Nadia dah tiada..
Jodoh, ajal dan ma ut semuanya telah ditentukan sejak dari azali lagi. Bagaimana pengakhiran hidup seseorang hanya Allah yang lebih mengetahui. Menghembuskan nafas terakhir di tanah suci sememangnya impian ramai orang, namun hanya yang terpilih sahaja akan mendapat nikmat tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Anne Abdullah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kenangan indah Anne bersama sahabat baiknya, arwah Nadia Kesumawati. Hampir satu minggu sejak Nadia pergi menemui Pencipta-Nya dan kesedihan masih lagi menebal dalam diri Anne.
Nadia adalah sahabat baiknya yang selalu ada dalam susah senang. Banyak yang mereka lalui bersama dari sebagai teman artis dan menjadi rakan niaga. Anne turut mendedahkan keperibadian sebenar Nadia yang ramai tidak tahu dan hanya orang yang rapat sahaja mengetahuinya.

Pemergian Nadia di tanah suci dicemburui oleh ramai dan memberikan kesan di hati ramai orang, tidak hanya ahli keluarga dan sahabat handai tetapi juga para peminat. Betapa sedih dan hancurnya hati Anne ketika menerima perkhabaran duka mengenai Nadia, namun Anne redha dan mendoakan sahabat baiknya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Anne ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kehilangan yang sangat terkesan.. damai dan tenanglah di syurga Allah wahai kakakku nadiakesumawati.. “
” Allahuakbar rindunya dekat adik angkat kesayangan Zeenat ni.. Arwah dik nadia sayang.. pemergian arwah sangat sangat baik.. “
” Alfatihah untuk arwah Nadia Kesuma.. kenal arwah sejak zaman Mangga lagi.. Salam takziah atas kehilangan insan tersayang kak Anne Abdullah.. “
” Arwah insan terpilih dalam rmai2 korang g umrah tu. apapun caranya dia pergi tp tanah Mekah telah mymbut arwah.. “
” Kakkkkkkkk sayuuuuu kita membaca… tabah ye kakAnne.. sahabat yg baik mmg terlalu payah utk di temui. Dia kurnia Tuhan, dan nikmat Allah pd kakak… tabah ye… arwah kak Nadia sgt baik orgnya sepengetahuan shikin… baik hati, x sombong.. Allah tempatkn arwah kak Nadia Kesuma dlm jannatul firdaus ye YA ALLAH… Aamiin.. “
” Akak… adik pun nangis tengok video moment indah akak dan Arwah Kak Nadia, also ada kenangan kita kat Meem Gold.Lagu ni sebak .sgt..masih tak move on sama..adik rasa macam dia masih hidup dan senyum kat adik. Al Fatihah Kak Nadia. Beruntung meninggal saat dlm niat mengerjakan umrah, di bulan mulia. Moga syurga tempatmu akak.. “
” Sahabat yang sgt2 baik. Takan lupa segala kenangan bersama. Cara pemergian yg sgt dicemburi. Kebaikan yang orang luar taktahu hanya rakan2 dn keluarga terdekat yg tahu. Kematian yang dicemburui terpilih di bulan yang baik di tempat yang baik di hari yang baik. Semoga Almarhumah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.. “
Banyak kenangan indah Anne bersama arwah Nadia dan pastinya semua video ini akan menjadi pengubat tatkala rindu datang menyapa. Semoga arwah Nadia Kesuma tenang di sana dan berbahagia di taman syurga. Untuk Anne, terus kuat dan doakan ketenangan Nadia di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anneabdullahofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

