Artis / Selebriti
” Berdiri ok, saya masih belum boleh mencangkung.. ” – Zamani
Video Zamani Slam Berkongsi Perkembangan Kesihatannya Sekarang. Masih Belum Pulih 100%, Pastinya Ada Peminat Yang Risau. Ini Penjelasan Daripada Zamani Sendiri !!
Sebelum ini penyanyi terkenal Zamani Slam pernah menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyak1t Sc0liosis yang dialaminya. Setelah beberapa bulan selepas itu, kesihatan Zamani semakin baik dengan beberapa rawatan susulan telah dijalani oleh Zamani.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Astro Gempak, dikongsikan video wawancara bersama Zamani. Menerusi video itu, Zamani berkongsi perkembangan terkini kesihatannya. Kata Zamani, dia sudah boleh berdiri dengan baik, namun masih belum boleh mencangkung.
Sejak setahun, akui Zamani perlu menunaikan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi. Zamani turut berkata lagi, dengan tahap kesihatan yang sudah baik mencapai 80 peratus, dia sudah boleh berkerja dan bersedia untuk berentap dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza.

Video wawancara Zamani ini difahamkan ketika Zamani selesai konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam Ahad minggu lalu. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Alhamdulillah kesihatan Zamni semakin pulih walaupun masih belum 100%. Kelihatan wajah Zamani sangat ceria sekali. Untuk sekadar info, Zamani antara enam peserta H0t Seat yang terpilih berentap bersama 10 juara Gegar Vaganza yang lain.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan Zamani akan terus diberikan kesihatan yang baik dan terus kuat untuk kembali sihat sepenuhnya. Semoga segala urusan Zamani dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza akan dipermudahkan dan memperolehi kemenangan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber :IG astrogempak, zamanislam_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

