Artis / Selebriti
” Berdiri ok, saya masih belum boleh mencangkung.. ” – Zamani
Video Zamani Slam Berkongsi Perkembangan Kesihatannya Sekarang. Masih Belum Pulih 100%, Pastinya Ada Peminat Yang Risau. Ini Penjelasan Daripada Zamani Sendiri !!
Sebelum ini penyanyi terkenal Zamani Slam pernah menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyak1t Sc0liosis yang dialaminya. Setelah beberapa bulan selepas itu, kesihatan Zamani semakin baik dengan beberapa rawatan susulan telah dijalani oleh Zamani.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Astro Gempak, dikongsikan video wawancara bersama Zamani. Menerusi video itu, Zamani berkongsi perkembangan terkini kesihatannya. Kata Zamani, dia sudah boleh berdiri dengan baik, namun masih belum boleh mencangkung.
Sejak setahun, akui Zamani perlu menunaikan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi. Zamani turut berkata lagi, dengan tahap kesihatan yang sudah baik mencapai 80 peratus, dia sudah boleh berkerja dan bersedia untuk berentap dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza.

Video wawancara Zamani ini difahamkan ketika Zamani selesai konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam Ahad minggu lalu. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Alhamdulillah kesihatan Zamni semakin pulih walaupun masih belum 100%. Kelihatan wajah Zamani sangat ceria sekali. Untuk sekadar info, Zamani antara enam peserta H0t Seat yang terpilih berentap bersama 10 juara Gegar Vaganza yang lain.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan Zamani akan terus diberikan kesihatan yang baik dan terus kuat untuk kembali sihat sepenuhnya. Semoga segala urusan Zamani dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza akan dipermudahkan dan memperolehi kemenangan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber :IG astrogempak, zamanislam_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

