Artis / Selebriti
” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
Video penampilan khas anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin di pentas Muzikal Lawak Superstar 5 bersama kumpulan Roda buat ramai terhibur. Dia punya lawak tu memang trademark daddy. Selamba dan kelakar sangat. Sampai juri pun berdiri bagi standing ovation..
Muzikal Lawak Superstar 5 semalam menampilkan penampilan khas untuk setiap kumpulan. Salah seorang jemputan yang diundang untuk bersama di pentas MLS5 adalah anak lelaki kepada Shuib Sepahtu, Ariq Matin. Matin sememangnya seorang yang kelakar dan berbakat seperti daddynya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu dan Tiktok Sookamalaysia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Matin bersama kumpulan Roda. Kumpulan ini dianggotai oleh Fad Bocey, Naqiu dan Shariff Zero dan gandingan bersama Matin sangat sesuai.
Ketika Matin muncul sahaja di atas pentas, riuh rendah sorakan daripada penonton di dewan. Matin yang spontan dan berani berjenaka di hadapan orang ramai ini mendapat standing ovation daripada juri tetap MLS5. Matin ada aura pelawak yang tersendiri dan bakat sebagai seorang penghibur.

Melihat jenaka spontan Matin mengingatkan semua memori ketika Shuib bersama kumpulan Sepahtu suatu masa dahulu. Ayat trademark Shuib ‘pening arrgh’ itu dilakonkan semula oleh Matin dengan baik. Berdekah semua menonton persembahan Matin dan Roda dari awal sehingga akhir.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Matin memang semula jadi 😭😭 Masuk je dengan Naqiu! Strim Muzikal Lawak Superstar 5 di sooka Malaysia sekarang!
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Berdekah ketawa tau tgk Matin td. memang natural bakat seni menurun dari daddy. antara pelapis2 utk masa akan dtg.. “
” Caya lah matin, macam Shuib betul lawaknya.. Matin best. awl2 hambar masuk je Matin tergelak2 tgk. Good job Matin.. “
” Betul betul lawak Soebbb.. samalah matin macam ayah dia.. punchline Shuib legend ” Pening arr”.. sebiji mcm bapak dia Matin matin.. “
” Dia ni yang akan ikut jejak shuib nanti, haha.. Kelakar matin,sorang turun bakat arwah ibu, sorang turun bakat daddy.. Good job matin da blh bergabung ngan daddy.. “
” Bagus sgt matin. Tak gugup langsung, dh la persembahan pertama, berani ats pentas besar. Good job matin.. Matin comelnya dia. Pandai yea buat lawak.. “
” Matin best sgt mmg berbakat. Tapi part dia ckp kehilangan tu sebak kejap. Good job Matin.. Talented la Matin. Like father like son.. “
” Seorg lg bintang telah lahir utk mewarnai pentas hiburan. Matin sgt2 kelakar. sgt2 berani. Sgt2 . Good job Ariq Matin.. “
Bakat melawak yang ada pada Shuib nampaknya sudah diwarisi kepada Matin. Berdekah semua penonton dan juri melihat persembahan Matin bersama kumpulan Roda. Matin bakal menjadi pelawak terkenal dan menggantikan tempat daddynya apabila dewasa kelak, insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia, IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

