Artis / Selebriti
” Berdekah aku dengar Zizan mengajuk Ajai. Reaction Ajai tu priceless, haha.. ” – Komen Netizen
Video Zizan Razak Mengajuk Ajai Bercakap Pelat ‘ S’ Buat Ramai Terhibur. Amboi Zizan, Siap Menyanyi Lagi, Berdekah Semua Orang Dibuatnya. Ajai Pun Sporting Habis, Haha !!
Meninjau di akaun Tiktok telah dikongsikan video yang memaparkan pelawak Zizan Razak menyakat penyanyi Ajai. Menerusi video itu, Zizan dan Ajai yang merupakan juri tetap program The Hardest Singing menyanyikan sebuah lagu. Pada awalnya, Zizan menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza bertajuk ‘Percayalah’ .
Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Zizan yang mengajuk percakapan Ajai yang pelat ‘S’ . Apabila mendengar nyanyian Zizan tersebut, terus Ajai memberikan reaksi ketawa kerana Ajai mengajuknya. Bukan Ajai sahaja ketawa, malah satu auditorium turut berdekah ketawa.
Selepas itu, Ajai pula menyanyi lagu ‘Biar sampai ke bintang’ dengan versinya yang tersendiri dan nyanyian itu mendapat tepukan gemuruh daripada semua para penonton. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet serta ramai yang mengatakan terhibur mendengar Zizan menyakat Ajai.

Sehingga kini, video Zizan mengajuk cakap Ajai telah ditonton lebih 680 ribu tontonan dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Berdekah Dato’ Sri Rossa dengar nyanyian Zizan pelat ‘S’, malah Ajai pun begitu sporting melayan perangai masuk air Zizan.
Tonton video di bawah ini :
@anistaqwa
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur melihat telatah Zizan menyakat Ajai. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah aku dengar Zizan mengajuk Ajai. Reaction Ajai tu priceless, haha.. Lawak betul tengok juri kalau buat lawak, terhibur sangat tengok.. “
” Haha sporting juri 2,haha.. Tapi versetile ada gaya tersendiri Ajai jadi trademark.. Tak puas dengar dia nyanyi, sedap betul.. Terbaik lah Ajai.. “
” Berkali kali aku ulang part Zizan, spontan je dia menyakat Ajai.. Terkejot Ajai dengar Zizan menyanyi, terus terasa kawan, hahahahahaahaha.. “
” Juri juri ni kalau ada geng pelawak, yang serius pun jadi serius mcm tok ram dgn nabil dlm GV hahahaha.. Btw sedap part Ajai nyanyi lagu tu.. “
” Menyirap abg Ajai dgn Zizan.. Kita dah perasan lama memang Ajai ni pelat s.. Kalau dengar betul-betul dia menyanyi memang boleh tahu lah.. “
” Buat hal betul lah Zizan oii.. Tersembur aku ketawa dengar kau nyanyi.. Hahahahahha.. Nasib Ajai tak cepuk kau Zizan, kalau tak habis lah, hahaha.. “
” Ajai terus terasa wei hahahaha si0t la kau Zizan.. Kalau bab nak menyakat orang memang bagi Zizan lah.. Hahahaha.. Nasib cool je Ajai.. Terhibur minggu ni, memang best sangat.. “
Zizan kalau buat lawak memang tak pernah tak win, terkejut Ajai mendengar Zizan menyanyi. Sementara itu, warganet turut mengatakan The Hardest Singing Show pada minggu ini antara yang sangat menghiburkan. Terutama sekali nyanyian Ajai yang merdu.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

