Artis / Selebriti
” Berbeza betul dengan makanan pantang kami. Dia punya menu 5 star hotel.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Perkongsian Menu Berpantang Zahirah Macwilson Ala-Ala Menu Hotel Yang Disediakan oleh Ibunya Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Lain Macam Menu Berpantang Zahirah. Kalau Macam Ni Punya Menu, Berpantang Selalu Pun Tak Mengapa, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Zahirah Macwilson, perkongsian beberapa gambar menu berpantang Zahirah yang disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusoff telah meraih perhatian ramai. Ini kerana menu-menu yang disediakan nampak begitu sedap dan menyelerakan.
Zahirah kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua pada tempoh hari. Zahirah memilih untuk berpantang di Perth, Australia di kediaman ibunya buat kali kedua. Patutlah Zahirah ingin bersama ibunya kerana menu yang disediakan cukup enak.
Kebanyakkan ibu-ibu yang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin akan berasa jemu jika memakan makanan yang sama sahaja. Tetapi semestinya tidak buat Zahirah kerana menu yang diberikan cukup berkhasiat dan pelbagai. Malah cara hidangan juga seperti hidangan di hotel 5 bintang.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih 49 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bak kata netizen, jika menu sebegini ketika berpantang, bersalin setiap tahun juga tidak mengapa. Sungguh menyelerakan.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bertuah sungguh dan alhamdulillah rezeki dikurniakan ibu yg masih sihat malah cantik utk menjaga sebegini.. syukur alhamdulillah sekoga semuanya dipermudahkan dan dilindungi Allah.. “
” Waaaa… Ni kalau tak beranak pun beranak balik nih aunty maslindayusoff_ Berbeza betul dengan makanan pantang kami.. “
” Dia punya menu 5 star hotel I pantang ikan kering bakar wif nasi je.. Lain betol dgn pantang mak2 d malaysia ye. Semua benda xboleh .. “
” Ni bukan menu pantang, ni pantang ada mmg kena makan sampai habis. MashaAllah sedap nya lauk lauk nyaaa.. She can start a business.. “
” Bukan buat recipe book jer . Dah boleh bukak confinement centre . Sedapnya lauk pantang berkhasiat sungguh.. Sedapnyaa Betol setuju.. “
” Your mum is the best. Special treatment sungguh.. Aku yang tengah pantang ni pun terliur dgn lauk pantang dia .. Perghh pakej 5 star ni siap bakar dgn daun pisang lagi .. ”
” Nenek ku , telur can’t eat . Kacang can’t eat , roti can’t eat . Pisang can’t eat . Potato can’t eat . Stress yea .. mcm mkn kt restoran mewah.. “
Ada yang mencadangkan ibu Zahirah berkongsi resepi untuk berpantang. Sekurang-kurangnya ia memberi ilham buat ibu berpantang untuk menyediakan menu berbeza apabila sudah jemu. Semoga dipermudahkan segala urusan Zahirah sepanjang menjalani tempoh berpantang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
