Artis / Selebriti
” Berani kau terjah pengantin. Kalau aku, pengsan terus atas pelamin. Haha.. ” – Netizen
Video Qawiy Aro Terjah Ngaji Adik Perempuannya, Aishah Di Atas Pelamin Raih Perhatian Warganet. Uih Mahu Tak Berdebar Pengantin Baru, Abang Sendiri Terjah Depan Tetamu. Pengantin Lelaki Pun Nervous Tengok Isteri Kena Terjah, Hehe !!
Qawiy Aro antara selebriti dan pempengaruh yang selalu menjadi sebutan ramai. Kehebatannya mengaji dan menghafal 30 juzuk Al-Quran menjadi inspirasi untuk ramai orang. Qawiy juga selalu terjah ngaji ramai selebriti tanahair dan kali ini, adiknya pula menjadi mangsa terjah.
Meninjau akaun Instagram Qawiy Aro, telah dikongsikan video Qawiy terjah adik perempuannya yang juga pengantin perempuan di atas pelamin. Siapa sahaja yang tidak cuak apabila Qawiy membuat edisi terjahnya. Adik perempuan Qawiy ini juga berdebar apabila abangnya spontan terjah di hadapan semua tetamu.
Untuk makluman, adik perempuan Qawiy ini merupakan bekas pelajar SAMTAJ iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam. Sekali pun Aishah agak nervous, namun Aishah tetap menyambung bacaan abangnya itu.

Alhamdulillah Aishah juga sehebat abangnya, memang adik beradik penghafaz Al-Quran. Warganet juga memuji cara bacaan Aishah, betul tajwid dan sebutannya. Bukan setakat Aishah yang cuak, suami di sebelah pun nervous ada abang ipar kaki terjah seperti Qawiy.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suami takut dia pun kena haha.. menggigil suami dia masa bantu pegangkan bunga isteri.. cuak weh ada abang ipar gini haha.. ”
” Adik dia sendiri pun cuak tengok abang dia, apa lagi aku haha. Tapi power la adik qawiy, hebat macam abangnya jugak. Mak ayah mereka adalah mak ayah yg hebat.. ”
” Husband dia nmpk sgt bangga dpt wife yg hafal ayat2 quran.. tahniah bro.. pilihan yg tepat.. smoga bahagia hingga ke jannah Allah SWT dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. amin.. ”
” Kalau aku pengsan terus atas pelamin, nervous sangat.. adik dia pun berdebar, best ada abang macam ni.. ”
” Ni adik beradik nya MISTI hafal 30 juzuk, sedap suara adik mengaji.. hebat dua beradik. semoga berjaya didunia dan diakhirat amin.. ”
” Memang rare lah content kau dik, berani kau terjah pengantin haha.. Kesian adik kene terjah dgn abg sndri hehe.. adik beradik hebat2 Nie… suami sblh tu mcm seram sejuk jer tgk muke dia hihiiii.. ”
” Subahanallah, isteri soleha beruntung suami adik qawiyaro , didoakan ikatan ini kekal berbahagia hingga ke syurga firdaus.. ”
” Hebatnya dia dalam debar-debar tu, bacaan tetap mantap.. tahniah & slmt bercinta smpai syurga. Content yg meletop.. ”
Alhamdulillah sejuk perut ibu Qawiy mengandung apabila dikurniakan anak-anak yang menghafal Al-Quran seperti ini. Bangga suami Aishah ada isteri yang hafizah seperti Aishah. Semoga rumahtangga yang baru dibina ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen




