Artis / Selebriti
” Benci aku tengok pelakon penyondol tua. Tak kena dengan hero.. ” – Komen Netizen
Terima komen negatif mengenai lakonannya sebagai Astrid menerusi drama Curang Tanpa Niat, ini respon Sharifah Sakinah. Wah padu ayat Kinah bagi, kalau tak faham lagi tak tahu lah. Tapi komen Sharifah Shahirah tu kelakar, haha..
Drama terbaru, Curang Tanpa Niat yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah kini menjadi perbualan warganet. Ramai yang meluahkan rasa geram menonton drama ini yang mengisahkan sebuah kehidupan rumah tangga diuji apabila suami mempunyai seorang “office wife” di tempat kerja.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram pelakon Sharifah Sakinah, telah dikongsikan video yang memaparkan Sakinah menerima komen negetif mengenai watak Astrid yang dilakonkannya sebagai seorang penyondol dalam drama Curang Tanpa Niat.
Komen netizen tersebut meluahkan rasa tidak suka dengan lakonan Sakinah yang memegang watak penyodol kerana dilihat lebih berusia dan tidak sesuai dengan hero. Menerusi video itu, Sakinah menjawab komen netizen itu dengan memberitahu usia sebenar watak yang dipegangnya.

Kata Sakinah, dia seorang pelakon yang berkarakter dan perlu mengikuti karakter yang diberikan oleh pengarah kepada dirinya. Tambah Sakinah lagi, wajahnya adalah satu ‘bonus’ kerana boleh melakonkan semua watak yang diberikan. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Ikuti perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dia baru kluar dari gua.. Mgkin yes mungkin, haha.. Dia tak tau yang Kinah ni berlakon semua watak manjadi bagi ja watak ape dia sttel kan semua.. “
” Netizen ni kan h.. Drama ni nk gtau penyondol umur 40 ke atas lg hebat kebabommmm yaaaa.. U are menyalaaaa Kinahhh.. “
” Ehh watak ni wujuddd yaaaaaaa di alam nyata.. Ingat muda je kee reti jadi penyodol ke.. Ahahahhahah.. Kadang2 yang tua tu lagi gatai tau daripada yang muda.. “
” Jujur eh aku cakap. Aku suka kau makeup, buat rambut curl mcm Astrid. Tambah lg scene yg Elina dtg majlis office yg kau pakai skirt checkered baju hitam, rambut pony dgn lipstick merah. Cantik tau.. “
” Kiranya berjayalah make up tu. Lakonan hebat Sharifah Sakinah pun menjadi. Aku tgok pun geram jer penyondol ni kan tapi nk buat mcm mana nama pun cerita.. “
” Hahahah tak memasal nama Sofia Albarakbah up.. Eh budak, komen kau ni memang mencari pasal, hahaha.. Mendapat lah kau dengan Kinah.. “
” Diaorang jenis macam tu kan Kinah.. Jenis benak ubi jenis tak tau nak hargai lakonan orang lain. Geram pula aku baca komen dia, haha.. “
Komen daripada Sharifah Shahirah :

Serius Sakinah memberi penjelasan mengenai watak yang dilakonkannya itu. Komen kakak Sakinah, Sharifah Shahirah turut mencuit hati ramai dan memperoleh banyak tanda suka. Apa-apa pun, harap dengan penjelasan daripada Sakinah ini dapat lah warganet faham dengan watak Astrid dalam drama Curang Tanpa Niat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sharifah_sakinah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

