Artis / Selebriti
” Bella datang pada waktu yang tepat untuk YB Saddiq. Percaturan Allah tu sangat indah.. ” – Komen Netizen
Video moment Bella Astillah dan mama YB Syed Saddiq, Sharifah Mahani berpelukan selepas menang kes rayuan YB Saddiq buat warganet tersentuh. Tulusnya kasih sayang Bella dan mama YB. Sebak tengok Bella menangis..
Setelah 5 tahun menanti, akhirnya hari ini tanggal 25 Jun 2025, MP Muar, YB Syed Saddiq dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan kesnya. YB Saddiq hadir ke mahkamah tinggi hari ini bersama kedua ibu bapa dan adik beradiknya dan juga insan istimewa, Bella Astillah.
Setelah keputusan diperdengarkan, suasana menjadi sebak dan ramai yang menitiskan air mata termasuk YB Saddiq. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era dan Tiktok Amirah Ibrahim, telah dikongsikan moment indah antara Bella dan mama YB Saddiq, Sharifah Mahani.
Bella sememangnya akrab dengan keluarga YB Saddiq dan dilayan seperti keluarga sendiri. Mama YB Saddiq kelihatan memeluk erat Bella dan situasi ini menyentuh hati warganet. Sedikit sebanyak, Bella memberikan kekuatan dan semangat untuk keluarga YB Saddiq.

Video ketika Bella tidak dapat menahan air matanya setelah YB Saddiq beroleh kemenangan juga membuatkan ramai yang turut tersentuh. Ketulusan hati Bella dan sifat setia yang Bella miliki sebagai seorang yang istimewa kepada YB Saddiq menyentuh hati warganet. Beruntung YB Saddiq kerana bertemu dengan Bella pada waktu yang tepat.
Jom tonton video di bawah :
@amirah1brahim Air mata gembira seorang @Bella Astillah ..🥹🥹🫶🏻🫶🏻 Crdt : mstar #fyppppppppppppppppppppppp #BellaAstillah #SyedSaddiq
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku pulak yang sebak ni. Alhamdulillah syukur, permulaan yang baik untuk BASS.. lepas ni boleh lah majlis merenjis BASS.. “
” Apa ni. Aku pon nangis tgk vid ni. gembiranya hati seorang ibu .. Alhamdulillah. Yeayyhh da boleh kawen.. xtaw laa knapa aku suka sgt bla syed Saddiq dgn bella nie.. “
” Bella dtg dwaktu yg tepat untuk syedsaddiq.. percaturan Allah tu sgt indah. semoga kelak mereka berjodoh. ramai yg mendoakan kebaikkan untuk mereka.. “
” Bella banyak bantu YB kan akhir2 ni… dia berhak utk bahagia.. doa Bella di mekah Allah makbulkan.. Kerana Bella juga saya mula ambil tahu kes YBSS ni.Dulu mcm tak kisah pun.. “
” Bella loyal, tak berganjak dan tak berlalu pergi when times are tough.. hari ni aku nagis kerana bersyukur yb bebas. tumpang BAHAGIA tengok family yb n Bella of cause.. “
” Allah temukan mereka di saat titik terendah mereka dan saling memerlukan seseorang untuk berpaut. Alhamdulillah utk kebahagiaan hari ini dan semoga Allah satukan mereka di atas pelamin secepat mungkin.. “
” Bukan saja bella yg gugur air mata.. kita yg tak de apa2 hubungan pun ikut gugur air mata… syukur Alhamdulillah.. wanita hebat.. yg sentiasa di sisi susah & senang.. woman one in million.. “

Airmata kesyukuran kerana perjuangan yang dipertahankan oleh YB Saddiq akhirnya menang. Bella sememangnya banyak berjasa kepada YB Saddiq. Tidak salah jika dikatakan kerana Bella juga ramai yang mula kenal siapa YB Saddiq sebenarnya. Tahniah Bella dan YB Saddiq, semoga yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Amirah Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

