Artis / Selebriti
” Beautiful bonding, best lah dapat bakal mak mertua macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly memasak Nasi Ayam Bakar Petai bersama bakal menantunya, Beatrice Chitra raih perhatian ramai. Wah seronok tengok cara Sheila layan Beatrice. Past last Sheila ajar Beatrice baca doa makan tu sweet. Bertuah Beatrice dapat bakal mak mertua macam Shiela..
Bagi yang mengikuti pelakon Sheila Rusly, pasti mengetahui Sheila seorang yang mahir memasak dan suka berkongsi video memasak di akaun Instagramnya. Perkongsian-perkongsian video masakan oleh Sheila itu turut mendapat pujian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sheila, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan Sheila bersama bakal menantunya, Beatrice Chitra sedang memasak satu juadah yang berasal dari negara Indonesia iaitu Nasi Bakar Ayam. Untuk rekod, Beatrice merupakan tunang kepada anak kedua Sheila yang bernama Luth Mikhail.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat cara layanan Sheila kepada bakal menantunya. Bukan itu sahaja, ada juga memuji betapa beruntungnya Sheila memiliki menantu-menantu yang semuanya minat memasak seperti dirinya.

Sehingga kini, video Sheila memasak bersama Beatrice itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah, nampak sungguh menyelerakan nasi bakar ayam yang dimasak oleh Sheila dan Beatrice itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Waduh.. Sejak menantu org seberang ada sini… Asikkkk .. Masakan seberang aja. Beautiful bonding, best lah dapat bakal mak mertua macam ni.. “
” Untungnya rezeki Kak Sheila dpt menantu rajin pandai masak.. Udah yuk sama² raikan masakan kekalkan rajin iya menantu alhamdulillah tabarakallah.. “
” Alhamdulillah .. Bakal menantu ni memang sudah biasa masak.. Rezeki sis.. Sedap menu ni dengan wangi daun kemangi tu.. “
” Alhamdulillah bakal menantu pun pandai masak. Menarik lah pulak resipi ni. Tq SR sharing.. Nanti boleh lah try masak, hehe.. “
” Dah lah cantik pandai lah pulak masak.. Masyaa Allah. Kluarga sakinah mawaddah. Me time menMUDA & menantu.. “
” Ingt g berkelah tepi air terjun tadi skli tepi kolam.. Hehee.. Cute tengok sis baca doa sama2 dengan bakal menantu.. Semoga selalu bahagia bersama.. “
” Unik cara penyediaan makanan ni. Yg msk ngn nasik tu daun ape ye… Aduhai trliur nnti nak try wat la bagi abh mak makan.. “
Betul-betul beautiful bonding antara ibu mertua dan bakal menantu. Untuk rekod, sebelum ini Sheila juga pernah berkongsi video Beatrice memasak Sambal Bawang dan Ayam Goreng Terasi. Video itu juga meraih perhatian ramai dan mendapat banyak tanda suka. Semoga selepas ini Shiela akan kongsikan lagi video memasak dengan menantu-menantunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

