Artis / Selebriti
” Bawa Sky makan kat Japanese restoran, terus dia menangis, sampai makan pun menitik air mata.. ” – Ridz Okumura
Ridzokumura kongsi tentang anaknya, Sky Taizo menangis ketika makan di Restoran Makanan Jepun buat ramai tersentuh. Alahai sebaknya, betapa Sky rindu ibu dia sangat-sangat..
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Sky Taizo sedang tidur di dalam kenderaan telah meraih perhatian ramai. Ridz telah berkongsi keadaan terkini anaknya yang amat merindui arwah ibunya.
Menurut Ridz, dia telah membawa Sky pergi ke sebuah restoran Japan untuk menikmati hidangan menu makanan Jepun. Sky sememangnya gemar menikmati makanan Jepun kerana arwah Akiko sering menyediakan menu makanan Jepun untuk mereka sekeluarga.
Namun sebaliknya berlaku apabila Sky tidak dapat menahan rasa sebak apabila melihat makanan Jepun yang disediakan di restoran tersebut. Sky menikmati makanan tersebut sambil air matanya menitis. Betapa Sky merindui masakan ibunya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk info, arwah Akiko pergi meninggalkan mereka sehari sebelum bermulanya 1 Ramadhan akibat terjatuh dari bangunan rumahnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Jangan terus meratapi bila ingt bc al fatihah banyk2 – insyallah.. Sebab.. Hanya allah yang mampu menghilangkan rasa sedih ni.. Be strong abg ridzo dan sky.. “
” Andai rindu ini tak mampu membuatkan Ridzo & Sky bertemu di dunia ini biarlah DOA yang buatkan mereka bersatu di Akhirat nanti.. “
” Aduhaaii..stay strong both of u… Siapalaa kawan sebelah tu…baiknyaa. tido2 punn pegang muka Sky. Take however long it takes to grief your loved ones.. “
” The only thing is to send sadaqah Al Fatihah to them whenever you remember them.. Allah will always be there for you Ridz & Sky.. anda berdua insan terpilih .. “
” Allah sayang anda berdua.. selalu dalam doa kami keluarga IG anda, agar kuat & terus maju.. Aamiin . Nangis masa makan tu hiba….sedeh tak terkata…sabaq tau sky….time will heal you…be strong…. “
” Ya Allah angkatlah kesedihan sky n ridzokumura. Aamiin. Al fatihah buat Akiko. Mmg sakit especially baru lagi dan sky takde org lain.nat taknak abg Ridz kena kuat dulu.. “
” Bang menangis je.. Lepaskan .. Jika sky nak menangis lepaskan juga.. Sebab saya faham.. Sedangkan saya.. Mak dh meninggal nk dekat setahun.. Tp tiada hari yang saya tk menangis teringatkan mak.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Sky terus tabah menjalani kehidupan tanpa seorang ibu di sisinya. Semoga segala urusan Ridz dan anaknya, Sky dipermudahkan dan ingatlah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

