Artis / Selebriti
” Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tak berhenti mengalir.. ” – Jep Sepahtu
Posting terbaru Jep Sepahtu sempena hari lahirnya yang ke 40 tahun undang sebak ramai. Doa yang baik-baik untuk anak-anak Jep dan Sari Yanti..
Meninjau ke akaun Instagram Jep Sepahtu, posting terbaru Jep telah meraih perhatian ramai. Jep telah berkongsi satu berita mengenai dua orang cahaya matanya iaitu Khidir dan Abu Bakr yang disahkan sebagai Autism pada hari lahirnya yang ke 40 tahun.
Berita ini telah membuatkan Jep berasa agak sedih ,namun begitu tetap menerimanya sebagai satu hikmah dalam kehidupannya. Jep berjanji akan menjaga kedua orang cahaya matanya itu sebaik yang mungkin dan penuh kasih sayang.
Perkongsian Jep ini turut mengundang rasa sebak ramai. Bukan satu yang mudah untuk menerima takdir sebegini. Menjaga anak yang istimewa memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi dan mendapat sokongan kuat dalam keluarga.

Perkongsian Jep ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh sejam yang lepas. Hasil perkahwinan Jep dan Sari Yanti dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian Jep ini turut dihujani dengan ucapan selamat hari lahir kepada Jep. Antara komen-komen yang diberikan :
” Selamat Hari Lahir Jep….Anak2 baru disahkan Autisme ke?? Nak tahu kerana anak sya pun perlu pakar sbb doc detect keadaan ni.. “
” Jep ni jarang pos, sekali pos mesti caption nya terasa di hati. Selamat Hari Lahir bang Jep.. ..sebak baca caption.. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia & juga akhirat.. “
” Happy birthday jep .. semoga terus kuat bersama anak2 teristimewa dan terindah yang tentu dianugerah dgn byk hikmah dan kebaikan utk diri dan keluarga.. “
” Slmt hari lahir jep..hadiah terindah dr Allah jagalh sebaiknya..moga jep sekeluarga tabah dan kuatkn semangat menjaga anak syurga ini.. “
” Selamat hari lahir jepsepahtu semoga dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam rahmat nya bersama keluarga tersayang .. “
” Selamat Hari Lahir jepsepahtu semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam Rahmat Allah s.w.t aamiin.. “
” Selamat Hari Lahir Jep….Anak2 baru disahkan Autisme ke?? Nak tahu kerana anak sya pun perlu pakar sbb doc detect keadaan ni.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 40 tahun kepada Jep. Semoga dipermudahkan segala urusan buat Jep dan Sari untuk menguruskan kedua-dua anak syurga mereka dan sentiasa sihat selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

