Artis / Selebriti
” Baru nak komen terbaik sekali yang last tu, adoi tersekat di skala 6, haha.. ” – Netizen
Video Adira Suhaimi Dan Kakaknya, Emma Suhaimi Menyanyikan Lagu Aina Abdul, Jangan Mat1 Rasa Itu. Wah Dua-Dua Suara Power, Siap Berlawan Lagi Masa Part Tinggi Tu. Part Last Suara Tercekik Tu Lawak. Berdekah Dua Beradik Ni Gelak, Haha !!
Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, kedua-duanya memiliki suara yang merdu dan sedap didengar. Sekali pun Emma kecundang separuh jalan ketika menyertai Akademi Fantasia suatu masa dahulu, namun suaranya tetap membuatkan warganet kagum.
Bagi yang mengikuti perkembangan Adira, pastinya sering melihat kelibat Emma dalam live Adira. Meninjau akaun Instagram Adira, telah dikongsikan satu video ketika mereka berdua membuat live bersama. Berkaraoke ketika sedang live itu antara perkara yang selalu dilakukan oleh Adira dan Emma.
Beruntung follower Adira kerana dapat mendengar secara percuma sahaja nyanyian Adira. Kali ini lagu dendangan asal Aina Abdul berjudul Jangan Mat1 Rasa Itu menjadi pilihan. Alunan suara Adira dan Emma ini meraih perhatian ribuan warganet.

Sedap sungguh mendengar pasangan adik beradik ini menyanyi lagu berentak tinggi ini. Namun suara mereka tak sampai pada penghujung lagu tersebut. Terbahak ketawa Adira dan Emma sambil masing-masing saling bertepuk tampar sesama sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baru nak komen terbaik sekali yang last tu, adoi tersekat di skala 6 haha.. ulang-ulang tengok nyanyian korang berdua ni.. ”
” Part Hey tu suka.. mantap lah walaupun last tu terciduk haha.. untung berjiran dengan diorang, boleh dengar nyanyi live.. ”
” Mantap yang last sekali tu dengan kita sama ikut terbahak haha.. Air air.. ni mic nk lawan Jac hehe.. ”
” Sedapnya suara Emma.. live petang tadi seronok.. layan karaoke dua penyanyi sedap dan kelakar.. ”
” Haha masuk air la 2 orang ni.. Uishh mantap dah ni. kita yang tengok ni rasa macam nak melet0p tekak tu.. ”
” Lucu lah baby dan ami ni.. terkejut Aina dengar ni. last last terputus urat leher suda haha.. ”
” Penat aku dengan dedua adik beradik ni. dah ler lawak, suara sedap mantap pulak tu. yang penting dua-dua masuk air haha.. ”
Terhibur warganet menonton video Adira dan Emma ini. Bukan mudah hendak menyanyi rentak tinggi sebegini, apatah lagi mereka berdua tidak serius dan hanya sekadar suka-suka sahaja. Suara ‘pancit’ di hujung lagu itu perkara biasa dan warganet juga memahami itu hanyalah untuk hiburan semata-mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen



