Artis / Selebriti
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Bella Astillah memegang mesra tangan kakak YB Syed Saddiq raih perhatian warganet. Tersentuh tengok keluarga YB Saddiq menyantuni Bella. Part Bella bersalam dengan Mama YB tu alahai sweetnya..
Kehadiran Bella Astillah sejak dari awal pagi sehingga selesai urusan YB Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan meraih perhatian pihak media dan juga warganet. Bella juga sama seperti ahli keluarga dan teman yang lain, memberikan sokongan dan semangat untuk YB Syed Saddiq.
Meninjau entry di akaun Instagram Primavalet dan Utusan Online, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Bella bersama abuya, mama, kakak kandung, kakak ipar dan abang YB Syed Saddiq sejurus selepas mahkamah bersurai.
Mesra berpegangan tangan bersama kakak YB, ianya cukup menggambarkan Bella diterima dengan baik oleh keluarga YB Syed Saddiq. Malah Mama YB Syed Saddiq juga tersenyum dan bersalaman mesra dengan wanita yang digelar sebagai iron lady oleh YB Syed Saddiq ini.

Kapsyen Primavet juga mencuri perhatian warganet. Benar ada kemanisan dan hikmah di sebalik ujian yang diturunkan. Kerana Primavalet, terjalinnya hubungan dan kemesraan antara YB Syed Saddiq bersama Bella sehingga tercetusnya fenomena BASS (Bella Astillah Syed Saddiq). Begitu juga bermulanya ikatan antara Bella dan keluarga YB Syed Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Primavalet ni jual baju raya or channel BASS? tapi takpela. post la lagi, suka suka.. 1 Malaysia suka. Sepatah kata Ayden “Approve”.. “
” Primavalet pun best sentiasa ada utk BASS. Rasa berdebor sama menunggu keputusan esok… Ya Allaah satukan dua insan yg hebat ini hingga ke jannah.. “
” Aku happy, tapi dlm masa yg sama aku. macam ni lah aura diorg berdua… kadang bikin angau.. kadang sedih.. betul2 lain macam aura mereka berdua.. “
” Klu aku ditakdirkan pjg umur, aku minta Allah bagi aku menantu mcm Bella Astilah… aku ada 3 org anak lelaki.. “
” Happy to see both of them dua2 happy.. thank you Ami bagi vitamin.. semoga yg baik2 saja esok.. Byk kali saya menanggis hari ni. terharu tgk keluarga yb menerima bella seadanya.. “
” Nampak close Bella & kakak YB. tadi ada nampak dorang holding hands.. moga yang baik-baik buat mereka, thank you primavalet for sharing moment.. “
” Syahdunya tengok.. kenapa aku nangis.. puasa puasa penat menunggu lama lama gitu kan.. alahai.. “
” Tetiba aku jadi sebak dan nangis.. Gaya kakak yb yg pakai tudung purple tu pun dah macam YB2 jugak.. Seronok tgk family ni.. “
” Dia buat mcm takde apa je YB ni bahagia sangat sampai senyum lebar samaaaaaa je mcm nak promot baju rayerrrr.. “
Di sebalik ujian yang Allah berikan untuk YB Syed Saddiq dan keluarga, ada bahagia pasti menanti dipengakhirannya nanti. Semoga keakraban dan hubungan baik Bella bersama YB Syed Saddiq ini akan berpanjangan sampai bila-bila. Bak kata Ayden ‘ approve‘.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet, IG Utusan Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
