Artis / Selebriti
” Bamtah cakap Kelate, sakit perut aku suka. Kena makan budu ni, baru boleh kecek Kelate, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Fattah Amin cuba bercakap dalam loghat Kelantan buat ramai terhibur. Wah pandai Fattah cakap Kelantan rupanya. Tapi kenapa bunyi pelik, dah macam pelat orang Siam je, haha..
Sebagaimana yang diwar-warkan, Fattah Amin bakal keluar dengan produk berasaskan minuman kesihatan beberapa hari lagi. Fattah membuat kolaborasi bersama syarikat Rissa Skin dan menurut founder Rissa Skin, produk ini hanya boleh dibeli menerusi beg kuning di akaun Tiktok Fattah sahaja.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rissa Skin HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah bersama founder Rissa Skin berbincang mengenai harga yang bakal ditetapkan sebagai harga jualan. Memandangkan produk Fattah itu keluar dengan 2 perisa, founder Rissa Skin mencadangkan harga sebanyak RM70.
Fattah masih lagi berkeras tidak mahu menjual dengan harga yang mahal kerana Fattah tahu yang bakal membeli semuanya peminat yang selalu menyokongnya. Apa yang menarik perhatian ramai, Fattah bercakap dalam loghat Kelantan bersama founder Rissa Skin.

Agak pelat dan berbunyi sedikit pelik, percakapan Fattah itu mencuit hati ramai tetapi menghiburkan. Itu perkara biasa jika orang negeri lain ingin bercakap dalam loghat Kelantan. Bunyinya tentu akan berbeza tetapi percubaan Fattah itu meraih pujian daripada warganet.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Alaaa Fattah dah merajuk 🥺 Nak jual berapa ni 😭 5/11 9PM dah nak live tapi Fattah masih pening 🤯 Okay tak kalau jual bawah RM40? 🤗
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lain macam bunyi Fattah cakap Kelantan ek, haha.. macam bunyi siam haha. lawak Fattah ni, tergelak kita dengar.. “
” Comel sungguh bila Fattah Amin kecek Kelate.. Excited nak support 5 November ni.. smart sungguh fattah bila ckp kalate cmni, jom ramai ii support bamtah.. “
” Fattah terer, aritu cakap Sabah. Ni kelate.. cakap utara memang power dah.. keno kecek klate molek deh.. kow come selalu kalu kecek klate gak.. “
” Kami saye sengoti ko fattah jugok niii… sebab fattah baik hati tokse jua maha ko. peminat dio.. lembut molek jer bunyi Fattah kecek klate…. kawe ikut joh.. “
” Best dengar Fattah kecek Kelate. Kecek kelate pon comey.. lucu sokmo laa mahal yo kato haha.. “
” Bunyi serupa orang Siam cakap heheh.. kawe ni saye ko peminat-peminat hahha.. Handsome Abe tah ni.. “
” Aloh kecek kelate dio weh.. Pandai Fattah kecek kelate.. tapi gak bunyi lain sikit serupo siam.. Kiut nya Manje kecek Kate Abe.. FATTAH Bae SoBa Bae.. “
” Bamtah cakap kelate.. sakit perut Aku suka haha. Abang tah kena makam budu baru bolih cakap kelate.. “
Bunyi macam Siam pun boleh lah Fattah, asalkan ada bunyi loghat Kelantan. Ramai yang tidak sabar untuk menanti live Fattah untuk launching produknya ini. Tentu ramai yang akan support Fattah kerana ramai pencinta kopi. Jangan lupa semua sama-sama menyaksikan sesi live Fattah pada 5 November nanti, jam 9 malam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin Hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
