Artis / Selebriti
” Bakal menantu ke sis ? Cantik lah, pandai anak cari.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Linda Rafar Kongsi Video Bersama Keluarga, Namun Kelibat Seorang Wanita Cantik Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Manis Orangnya, Nampak Sama Cantik Sama Padan Dengan Anak Teruna Linda !!
Umum mengenalinya figura yang bernama Linda Rafar. Meskipun sekarang tidak aktif dalam dunia seni, namun perkembangan Linda sentiasa diikuti oleh para peminatnya. Linda yang merupakan kakak kepada pelakon Diana Rafar dan juga kakak ipar kepada Zamarul Hisham ini aktif di akaun Instagram.
Terbaru, Linda telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya, suami dan anak-anak mengisi masa bersama. Menerusi video itu, kelihatan Linda serta keluarga berada di sebuah restoran. Namun kelibat seorang wanita turut ada bersama dengan keluarga Linda mencur1 perhatian warganet.
Kelihatan wanita tersebut mengenakan baju sedondon berwarna putih seperti ahli keluarga Linda dan nampak begitu mesra sekali. Ada peminat bertanyakan kepada Linda di ruangan komen dengan menyakat adakah wanita itu bakal menantu Linda.

Komen itu telah mendapat respon dan Linda menulis perkataan ‘ insyaallah’ . Selain itu ada yang memuji kecantikan bakal menantu Linda. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Linda tersebut dan pelbagai respon oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bakal menantu ke sis.. Cantik lah, pandai anak cari.. Mesti tak sabar nak ada menantu kan.. Finally ada a daughter to talk to.. “
” Anak2 ke semua tu.. Allahu.. Dh besar2.. Mamanya still mcm sertai Elite dulu.. MasyaAllah cantik bakal menantu tahniahh… Mother inlaw muda da cntik.. “
” Cantik bakal menantu akak.. Anak-anak pun semuanya handsome2 lah.. Tak lama lagi bakal jadi mak mertua lah yer, tahniah akak.. “
” MashaAllah Tabarakkallah.. Comel bakal menantu.. Tengok bahagia betul family ni, semoga segalanya baik-baik sahaja ya.. “
Komen yang mendapat respon daripada Linda :

Sekejap rasanya masa berlalu, sudah besar anak-anak Linda. InshaAllah akan dapat menantu pula selepas ini. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat Linda sekeluarga. Semoga segalanya dipermudahkan.

Untuk sekadar info, Linda merupakan salah seorang ahli kumpulan Elite yang terkenal pada tahun 90-an. Kumpulan Elite terdiri daripada Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin dan Watie Sadali. Selain bergelar penyanyi, Linda juga merupakan seorang pelakon dan usahawan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG lindarafar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
									 
									
