Artis / Selebriti
” Bakal imam muda, sejuk perut ibu.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Shuib Sepahtu Kongsi Video Anak Ketiganya, Ariq Matin Sedang Mengimamkan Solat. Terbaik Lah Matin, Kecil-Kecil Dah Jadi Imam !!
Siapa tidak mengenali penyampai radio dan pelawak Shamira Muhamad atau nama komersialnya Shuib Sepahtu yang kini aktif mengusahakan perniagaan air Bubblebee. Telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita dan Ariq Matin.
Meninjau ke laman Instagram milik Shuib, telah dikongsikan video anak ketiganya Matin yang berusia 6 tahun sedang mengimami solat. Matin membaca surah dan kemudian rukuk. Kedengaran suara Shuib membetulkan bacaan Matin.
Para peminat memuji didikan agama yang diberikan oleh Shuib kepada anaknya yang menggalakkan anak-anak mengerjakan solat secara berjemaah dan melatih anak lelakinya agar mereka berkemampuan untuk menjadi imam solat walaupun mereka masih kecil.

Sehingga kini, posting tersebut telah mendapat lebih 21 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada peminatnya. Menerusi kapsyen tulisan Shuib, Shuib mengatakan sekarang Matin menjadi imam kegemaran semua orang. Selain itu, Shuib turut mengucapkan selamat pagi dan salam jumaat buat peminatnya.
Jom tonton video di bawah:
Rata-rata peminatnya bangga melihat cara didikan Shuib dan Sarah dengan memberi kepercayaan kepada Ariq yang masih kecil untuk menjadi imam dalam solat walaupun Ariq masih kecil lagi.. Antara komen-komen peminat yang dit1nggalkan:
“ Salam Jumaat.. Semoga dipermudahkan urusan selalu bang ib.. Anak bijak anak pandai.. alhamdulillah rezeki.. Mudah2an anak membesar menjadi anak2 yg soleh dan solehah.. Aamiin..“
“ Alhamdulillah.. Selamat pagi.. salam jumaat.. Nice Mantap Ib.. So cute.. Bakal imam muda.. Moga kita semua dipermudahkan segala urusan.. Aamiin.. “
“ Alhamdulillah.. Bagusnya… Jeal0us kita.. Kita dah besar ii ni baru berani nak jadi Imam.. Kalau tak sebelum ni tak0t.. Aamiin.. Shukoran alhamdullilah Aamiin.. Sejok perut ibu ya.. “
“ Good morning and Salam Jumma Mubarak encik shuibsepahtu.. Syukur Alhamdulillah terbaik.. Tahniah Shuib dan Siti Sarah.. Rapatkan saf.. Masya Allah semoga jadi anak soleh ye.. “
“ Syukuran Alhamdullillah.. Ya Allah larat ka siti Sarah tu naik tangga bang.. Ser4m tgok.. Pandai maten semoga jadi anak yg soleh.. “
“ Alhamdulillah terbaik.. Semuga menjadi anak Yang soleh Dan solehah.. tahniah ibu dan ayh nya.. Kalau dipakai kan jubah dan kopiah lg thoyyib ib.. “
“ Saya orang sarawak.. bangga dengan abg shuib bersama isteri kakak sarah kerana dapat mengajar anak sesuatu yang patut tahu dalam kehidupan mereka.. Subhan’Allah.. “
Betul kata pepatah melentur bulur biarlah dari rebungnya. Ingin mendidik anak dengan nilai agama kena didik sejak dari kecil lagi. Syabas buat Shuib dan Sarah. Semoga Ariq membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibubapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
