Artis / Selebriti
” Bahasa alien ni Sethy, lucu lah. Kena check kamus ni, banyak nak diluahkan tu ye Sethy.. ” – Komen Netizen
Anak sulung Shila Amzah, Seth Uwais merekod videonya sendiri sambil berceloteh mencuit hati warganet. Fuh laju betul Seth cakap, cakap bahasa apa tu Seth, lain macam sungguh. Kelakar lah Seth ni, haha..
Kisah kehidupan Shila Amzah dan Ubaidillah bersama anak-anak mereka, Seth Uwais dan Rhea Akira seringkali menjadi perhatian warganet. Anak sulung Shila, Seth disahkan mild autisme sekitar pada bulan Jun tahun lalu. Seth seorang anak yang pintar dan semakin petah bercakap.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ubaihani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Seth merakam video dirinya sendiri. Seth membebel panjang, namun apa yang Seth katakan langsung tidak difahami oleh warganet. Bebelan Seth ini kedengaran kelakar dan mencuit hati warganet.
Komen warganet, Seth seperti bercakap bahasa alien, cuma satu perkataan sahaja yang difahami dan jelas disebut oleh Seth iaitu ‘ajar’. Kelihatan menerusi video itu, Ubai sedang duduk santai dan melihat gelagat Seth itu. Entah apa lah yang hendak dikatakan oleh si Seth ini.

Telatah Seth itu turut mendapat perhatian Shila sendiri. Nampaknya mama dan papa perlu berhati-hati sekiranya Seth memegang handphone mereka kerana pasti akan ada video random yang dirakamkan oleh Seth. Kali ini handphone papa yang menjadi ‘mangsa’ dan Seth post di akaun media sosial papanya.
Jom tonton video di bawah :
@ubaihani
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ya Allah sethy.. Phone Kitorg semua Ada video ceni , Macam risau eh nak kasi dia pegang phone pasni.. “
” Jangan kacau. tengah interaksi dengan makhluk luar angkasa tuuu haha.. Aku faham ‘ajarlah’ je. Yang lain semua bahasa alien. Elok2 ngantuk terus segar mata aku duk ghalit terjemah dia cakap apa.. “
” Aku rasa dia dengar kawan-kawan dia cakap kot. tapi kawan-kawan dia cakap laju. mungkin la.. tak pun seth tiru gaya papa dia ni haha.. “
” Alahaii seth .. awak ckp mcm ni sama sangat dgn anak aunty yg autism.. anty faham ok byee Hahhahaahha.. “
” Aku nak cuba faham kan ni.. ajar apa Sethy haha.. kena check kamus ni. banyak nak diluahkan tu ye Sethy.. Sethy tengah busy talking tu.. “
” Bahasa alien ni sethy, lucu lah sethy.. dont worry.. Kmi semua kwn sethy.. Macam sethy cakap.. sethy so cute.. Ok bye.. “
” Dah macam minion lah sethy haha.. banyak-banyak sethy cakap tu, aku faham perkataan ajar je.. yang lain, boleh pecah kepala nak faham kan.. kelakar sethy haha.. “
Kelaar lah Seth ini, tentu banyak lagi video lucu Seth yang ada dalam handphone Ubai. Bahasa alien yang paling mencabar untuk difahami. Penghibur hati mama dan papa sangat lah Seth. Apa-apa pun, semoga Seth membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

