Artis / Selebriti
” Bagus Fasha, pandai jaga hati ipar duai, keep it up Fasha.. ” – Netizen
Video Fasha Sandha Yang Humble Ketika Hadir Ke Majlis Perkahwinan Sebelah Saudara Suaminya Raih Pujian Peminat. Comel Je Gaya Fasha Dengan Ibu Mertua Tu, Nampak Akrab Sangat Menantu Dan Mertua !!
Awan hit4m yang menyelubungi figura seni bernama Fasha Sandha ini sudahpun berlalu. Kini kehidupan Fasha sangat bahagia menerusi perkahwinan keduanya bersama suami tersayang, Aidil Aziz dan anak-anak.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fasha telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan sepupu Aidil. Perkongsian video itu telah menarik perhatian para peminat Fasha.
Gaya Fasha yang tampil mengenakan jubah yang ringkas dan dilihat begitu rendah diri ketika bersama ahli keluarga Aidil turut mendapat pujian. Ada yang menyatakan bahawa Fasha seorang yang bijak menyesuaikan diri di mana jua berada.

Selain itu, telatah anak-anak Fasha dalam video juga kelihatan comel, lebih-lebih lagi si kecil, Aisha Amaira yang cantik mengenakan baju kebaya. Hingga kini video tersebut telah mendapat belasan ribu tanda suka sejak dimuatnaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video yang dikongsikan Fasha dan telah memberikan pelbagai respon positif. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bagus Fasha, pandai jaga hati ipar duai, keep it up Fasha. Suka tengok sikap humble Fasha, terbaik lah.. “
” Alahai entah kenapa suka tengok video ni, nampak Fasha begitu bahagia sekarang. Alhamdulillah rezeki dapat keluarga mertua baik.. “
” Sweet and lovely family. Nampak akrab Fasha dan ibu mertua. Comel lah si kecik tu, kemain lagi bergaya.. “
” Cantik Fasha, pakai baju macam tu, nampak manis sangat. Mertua Fasha nampak macam mertua Fazura, lembut jer.. “
” Sukanya tengok even kaya, tapi humble tak pernah nak show off. Comel anak-anak Fasha sekarang.. “
” Tumpang happy tengok Fasha sekarang, makin bahagia. Simple je Fasha ni yer, manis cantik sangat.. “
” Tengok semp0i je Fasha, wlpn dia selebriti g kenduri kawen adik beradik suami gaya biasa2 je.. “
Dapat keluarga mertua yang baik pun salah satu rezeki tau. Seronok tengok kehidupan Fasha sekarang. Apa-apa pun semoga Fasha terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

