Artis / Selebriti
” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
Terima komen daripada viewer ketika live yang bertanya adakah mahu ibu dan bapanya, Dato’ A. Aida dan Ameng Spring bersatu kembali, ini jawapan daripada Azeva Natassha sendiri. Fuhh, panjang lebar Azeva jelaskan..
Meninjau di akaun TikTok milik lelayusub, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Azeva Natassha sedang membuat sesi siaran langsung bersama para pengikutnya. Seperti biasa, sesi live tersebut dipenuhi dengan pelbagai soalan daripada para peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi Azeva.
Namun begitu, perhatian ramai mula tertumpu apabila seorang penonton mengajukan soalan berkaitan hubungan kedua ibu bapanya iaitu Dato’ A. Aida dan Ameng Spring. Viewer tersebut bertanya sama ada Azeva pernah terfikir bahawa mama dan papanya akan kembali bersama suatu hari nanti.
Menjawab persoalan itu dengan tenang, Azeva menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak mungkin akan berlaku. Menurut Azeva, kedua ibu bapanya kini sudah membawa haluan masing-masing dan memilih untuk meneruskan kehidupan sendiri. Malah, dia turut memberitahu bahawa papanya juga sudah mempunyai isteri yang mesra dipanggilnya sebagai Umi.

Perkongsian jujur daripada Azeva itu nyata membuatkan ramai tersentuh hati. Walaupun dia menjawab dalam nada santai, jelas kelihatan Azeva cuba bersikap matang dalam menerima ketentuan keluarga mereka. Ramai juga memuji cara Azeva menjawab soalan tersebut dengan penuh hormat tanpa membuka aib mana-mana pihak.
Tonton video di bawah ini :
@lelayusub @Azeva #azeva #talktomymanager #fyp #foryoupage
Di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Azeva dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sudah bahagia kehidupan masing2.. Apa benda lah eik soalan.. Papameng syg gila tau dekat ummi.. Sgt menghargai umi.. “
” Netizen jangan nak nekan².. Mama papa dia masing² dah bahagia dengan kehidupan masing.. Alahai soalan pun.. “
” A.Aida seorang yg tegas, professional dan fokus. In sha Allah dia tak kacau rumahtangga orang. Dia tahu apa yg dia mahu kan dan dia bergerak.menujuk ke arah itu.. “
” Bagus Azeva ni jaga hati umi juga.. Suka tengok family Aming n Aida.. Saling menghormati antara satu sama lain.. “
Dalam masa yang sama, Azeva turut berseloroh mengatakan bahawa perangai mama dan papanya ibarat “api dan minyak”. Kata-kata spontan itu membuatkan ramai terhibur, namun dalam nada lucu terselit juga gambaran bagaimana sukarnya situasi yang pernah dihadapinya sebagai anak. Azeva mengakui kadangkala dia sendiri pening melihat gelagat kedua ibu bapanya itu.

Untuk sekadar info, Azeva antara peserta yang menyertai rancangan Talk To My Manager musim ke 2. Menariknya, keakraban Azeva bersama papanya, ibu tiri dan adiknya, Ammar Haikal turut jelas kelihatan apabila mereka hadir memberi sokongan di rancangan tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok lelayusub, IG amengspringofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

