Artis / Selebriti
” Ayu nampak kuat. Tapi dekat rumah nanti dia orang yang paling sedih. Tak boleh lah, aku yang raung ni.. ” – Komen Netizen “
Video temubual pihak wartawan bersama Ayu Raudhah sejurus selesai majlis pengebumian anak bongsunya buat ramai sebak. Ayu nampak tenang sangat, namun dalam hati siapa yang tahu betapa sedihnya perasaan seorang ibu..
Pelakon Ayu Raudhah dan pasangannya, Zaquan Adha baru sahaja kehilangan anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees semalam. Aisy yang berusia 6 bulan ini disahkan meninggal dunia dalam tidur dan Zaquan memaklumkan berita pemergiaan anak bongsunya itu di Instagram Story miliknya semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ayu menjawab beberapa soalan pihak wartawan. Ayu ditemui sejurus selepas selesai majlis pengebumian Aisy di di Tanah Perkuburan Islam Makan Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.
Menjawab kepada wartawan, Ayu kelihatan cukup tenang dan memberikan kerjasama yang baik. Kekuatan Ayu itu mendapat perhatian warganet dan ramai yang memuji Ayu. Kata Ayu, anaknya ini memang anak syurga kerana sejak dari lahir lagi sehingga ke nafas terakhir, tidak pernah menyusahkan.

Tambah Ayu lagi, anaknya ini juga lain daripada yang lain. Redha dan pasrah dengan semua yang Allah tetapkan untuk dirinya dan keluarga, Ayu yakin Allah akan berikan yang terbaik untuk mereka. Sakitnya kehilangan anak, namun Ayu tetap kuat mengharunginya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astrogempak GempakNews: Kuat ye Ayu.. ini semua dugaan Allah Swt Klik link untuk artikel penuh BeritaDiTikTok #SembangEntertainment
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ayu nampak kuat. Tapi dekat rumah nanti dia orang yang paling sedih.. tak leh lah, aku yang raung ni.. “
” Betul.. Hanya pinjaman.. Ayu raudhah sangat kuat jiwanya.. Dia redha dengan ketentuan Ilahi.. “
” Dr smlm ayu npk lbh kuat & tabah berbanding zaquan.. hakikatnya,dlm hati dorg, Allah je tahu.. seorang ibu nk berdamai dgn takdir sebegini mmg menyakitkan.. “
” Jwpn yg cantik drpd seorang ibu anak syurga. InsyaAllah Allah akan ganti dgn yg lebih baik.. “
” Ayu sgt kuat jwpn dia yaAllah sgt tenang walaupun sgt sebak di dada.. sakitnya kehilangan anak tu hanya seorang ibu je yang lebih tahu.. “
” Allah pilih Ayu Raudhah & Zaquan..anak syurga yg telah dijanjikan Allah.. Kuatnya dia kalau kita kat tempat dia tak mungkin boleh ckp tanpa meraung mcm tu.. “
” Allahuakbar.. kuatnya awak ibu raudhah, sungguh redha dan ikhlas melepaskan, sungguh janji Allah itu pasti, semoga terus kuat dan pasti dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah buat kalian.. “
Kuatnya hati seorang ibu menerima ketentuan Ilahi dan kelihatan cukup tenang mengharungi detik kehilangan anak tersayang. Semoga Allah berikan kekuatan yang berterusan untuk Ayu dan Zaquan. Anak syurga yang akan sentiasa dirindui oleh kedua ibu bapanya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


